Monday, December 31, 2012

Sesungguhnya Allah Nak Tunjukkan Keangkuhan Hadi Awang - Mangsa Telah Bersedia Berdepan Penghinaan


Beberapa blog telah melaporkan penghinaan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang keatas penulis buku 'Kafirkah Aku?' C.N Al-Afghani (lebih dikenali sebagai Cikgu Non), dengan melabelkan penulis buku berkenaan  sebagai seorang cikgu biasa dan hanya reti ajar ABC sahaja. Menurut blog Perigi Timur dan The Unspinners, mereka memetik kenyatan Hadi yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 pada 30/12/12.

Jika benar apa yang yang dilaporkan, sesungguhnya Allah s.w.t hendak menunjukkan keangkuhan Hadi Awang kepada kita semua.

Betapa tidaknya, Cikgu Non dalam salah satu perenggan pada surat terbukanya kepada Hadi, yang terkandung dalam buku berkenaan, dengan penuh tawadhuk menyatakan,
"Datuk Seri,
Biasanya orang-orang seperti saya akan ditohmah oleh ahli PAS. Mereka akan berkata banyak mana sangatlah ilmu saya untuk pertikai ulamak seperti Datuk Seri. Ilmu Dihujung kuku pun tak ada. Saya sedar diri dalam hal ini, tetapi apa yang saya bangkitkan ini, bukanlah pertikaikan kedalaman ilmu Datuk Seri, sebaliknya, perubahan sikap yang sangat membimbangkan. Semua yang saya kemukakan adalah fakta yang tidak boleh dinafikan dan ia sedang berlaku secara jelas." - (muka surat 56)
Kagum saya kepada kebesaran Allah. Hidayah telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada Cikgu Non untuk untuk mendahului dengan jawapan terhadap  penghinaan yang bakal diterimanya. Sememangnya beliau menjangkakan tohmahan dari ahli PAS, namun tohmahan dan penghinaan yang datangnya dari Presiden PAS mungkin sesuatu yang tidak dijangka olehnya. Namun begitu, ia sudah cukup untuk kita semua menyaksikan keangkuhan Hadi.

Kalau anda tidak percaya, anda rujuklah dan dapatkan naskhah buku daripada pengedar di bawah:-

KAFIRkah Aku?

Rafizi Terkejut, Faekah Melatah - Walau Hanya Letupan Kentut Deepak


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik MB Selangor Faekah Husin bagai terkejut mendengar kentut Deepak Jaikishan, yang disangkakan bunyi letupan bom.

Masing-masing  cuba untuk memusingkan fakta berhubung pengambilalihan Boustead keatas tanah seluas 223 ekar di Mukim Bukit Raja, Daerah Klang yang dibeli dari Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Bakti

Rafizi dalam kenyataan medianya mempertikai kewajaran pembelian tersebut dan memberi angka RM160 juta sebagai pembelian keatas tanah berkenaan. Sekiranya benar dakwaan Rafizi, bermakna harga seekar ialah lebih kurang RM717,500.

Samada pembelian tersebut berbaloi atau tidak, mari kita periksa lokasi tanah berkenaan melalui 'Google Map' di bawah:-


Kawasan berlorek merupakan kawasan tanah yang diperdebatkan.

Tanah berkenaan adalah dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), yang merupakan sebahagian dari Seksyen U12, Shah Alam. Kawasan kejiranannya terdiri dari Setia Alam (Seksyen U13), Seksyen 7 Shah Alam (dihubungkan dengan terowong di bawah lebuhraya NKVE), disamping Bandar Bukit Raja dan Bandar Baru Klang (dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang) yang berada di sebelah barat. Umumnya, kawasan kejiranannya adalah kawasan golongan menengah dan elit.

Secara perbandingan, di kawasan selatan MBSA kampung tradisi Batu 7, Jalan Kebun (Seksyen 33 Shah Alam) yang bersempadanan dengan Kota Kemuning (yang jenis pembangunan hampir serupa dengan Setia Alam), harga seekar tanah mencecah hingga RM1 juta.

Ini bermakna bahawa harga RM717,500 yang dibeli melalui Bakti Wira adalah lebih rendah.

Dalam kenyataan yang berasingan, Faekah Husin mendakwa tanah tersebut telah digazetkan sebagai kem tentera. Faekah turut memberi tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan menyiasat perkara tersebut dan membayangkan bahawa MB TS Khalid Ibrahim akan menghentikan transaksi berkenaan. Faekah dalam kenyataannya  itu cuba memutar belit fakta, seolah-olah tanah itu dianugerahkan kepada Awan Megah oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Faekah, hakikatnya tanah berkenaan adalah balasan (pembayaran yang tidak melibatkan kewangan) keatas projek penswastaan yang diperolehi Awan Megah bagi membina Pusat Kajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Rawang, yang telah diluluskan pada 1997.

Isu projek Puspahanas pernah didedah dan diulas oleh MP veteran DAP Dr Tang Seng Giaw dalam blognya pada 21/7/2006.

Beliau menulis,

Kenyataan Tan di atas adalah lebih rasional, iaitu dengan memaklumkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Awan Megah dan beliau turut memberi cadangan membina terhadap projek berkenaan.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Rafizi dan Faekah, mereka nampaknya lebih menggembar-gemburkan isu, tanpa bersandarkan fakta terhadap isu yang mereka sensasikan.

Oleh kerana projek berkenaan diluluskan pada tahun 1997, ini bermakna Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim turut terlibat dalam kelulusan tersebut. Malah Dato' Chua Jui Meng juga merupakan anggota kabinet pada waktu berkenaan.

Oleh kerana pihak pembangkang khususnya PKR, memutar belitkan fakta maka untuk lebih jelas, rujuk kepada keputusan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Zabariah Mohd Yusof dalam kes Astacanggih lwn Kerajaan Malaysia & 3 yang lain di SINI.

Demi Malu Dengan Allah, Penulis Bakar Ratusan Naskhah Buku Yang Memuji Nik Aziz


Buku "KELANTAN - Sesejuk Wajah Tuan Guru" adalah hasil tulisan C.N Al-Afghani, diterbit  dan diedar oleh Penerbitan Al-Jihadi, 1999.

C.N Al-Afghani atau nama sebenar Zainon bin Ismail turut dikenali sebagai Cikgu Non.

Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Padang Terap (1986) dan menduduki kerusi Exco DPP Kedah antara 1991 - 1997.

Buku "KELANTAN - Sesejuk Wajah Tuan Guru" ditulis oleh Cikgu Non adalah bertujuan untuk (kononnya) menyanggah fitnah terhadap Kelantan yang ditadbir oleh PAS melalui MB TG Nik Aziz Nik Mat.

Saya membuat carian terhadap buku tersebut untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkandung dalam buku tersebut dan terjumpa petikan di bawah dari sebuah blog (hisham79).

Cebisan dari pemilik blog berkenaan yang ditulis pada 16/6/2010 jelas menyatakan kekesalan bila fakta buku berkenaan bercanggah dengan apa yang dilihatnya.

Namun, suatu perkara rahsia yang tidak diketahui oleh pemilik blog berkenaan, bahawa hanya setahun selepas buku tersebut diedarkan, penulis buku berkenaan (Cikgu Non) telah membakar ratusan naskhah baki buku tersebut.

Puncanya, Cikgu Non berasa begitu malu pada Allah kerana buku nukilannya yang bertujuan untuk menaikkan imej Nik Aziz, begitu tersasar dari kenyataan. Malah, Cikgu Non mengaku telah menerima sepucuk surat yang panjang lebar isi kandungannya, dari seorang bergelar 'Dato' kelahiran Kelantan yang bermastautin di Kuala Lumpur yang menegur hasil tulisannya tersebut.

Dalam buku terbaru Cikgu Non "Kafirkah Aku?" (2012), beliau menulis;
"Saya bersama keluarga menginap di motel sebelahan Pejabat PAS Kota Bharu. Bilik airnya berkongsi dengan penghuni bilik lain. Ketika melintas ke bilik air saya terlihat sebuah bilik yang pintunya dibuka luas. Dalam bilik itu terdapat beberapa pasangan remaja (mungkin pelajar kolej) yang kelihatan sedang berbincang hal pelajaran. Si perempuannya tidak menutup aurat.
Bila pulang ke kampung, baki beberapa ratus buku 'Kelantan - Sesejuk Wajah Tuan Guru', saya terus bakar. Malu saya dengan Allah." -( muka surat 22)
Anda boleh mengetahui keseluruhan cerita Cikgu Non melalui buku tersebut.

KAFIRkah Aku?

Saturday, December 29, 2012

Wajah Geram, Dendam & Lontaran Kemarahan Peneroka Felda Kemahang 3 Terhadap Kerugian RM11,000 Angkara Mazlan Aliman


Lelaki diatas mendakwa telah dipedaya Mazlan Aliman.

Beliau dan rakan-rakannya telah menunggu Mazlan di Wisma Felda, bila mereka difahamkan bahawa Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu mengetuai perarakan menuntut Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dilucutkan dari jawatannya di lokasi berkenaan.

Lelaki berkenaan adalah salah seorang peneroka Kemahang 3 yang menang dalam saman gantirugi terhadap Felda berhubung gred kelapa sawit yang dibeli dari mereka.


Mengimbau kembali kenangan kemenangan saman mereka pada Ogos 2010, seramai 354 peneroka terbabit telah berjaya mendapat perintah mahkamah untuk diberi pampasan berjumlah RM11.23 juta.

Mazlan dan Adun Kemahan Anizam Abdul Rahman dikatakan telah mengendalikan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Wan Rohimi & Asmadi.

Para peneroka berkenaan menjangka dan mendakwa telah pun dijanjikan, dengan kemenangan saman tersebut mereka akan memperolehi RM30,000 seorang. Malangnya apabila agihan dibuat, mereka cuma memperolehi RM19,000 seorang.

Tidak berpuas hati dengan pengagihan tersebut, seramai 273 dari kumpulan asal telah menyaman firma guaman tersebut yang tujuan utama adalah menuntuk RM11,000 untuk setiap peneroka.

Namun, keadaan bertambah gawat apabila firma guaman tersebut melakukan saman balas terhadap 20 peneroka dengan tuntutan yang berikut:-

  • Gantirugi am utk pendakwaan niat jahat RM5 juta 
  • Gantirugi am atas kecederaan reputasi diri dan perniagaan business RM5 juta. 
  • Gantirugi teruk untuk ditaksirkan. 
  • Gantirugi teladan dan pengajaran untuk dtaksirkan
  • Faedah 8% setahun atas kesemua jumlah gantirugi dari tarikh saman difailkan sehingga selesai sepenuhnya.
Secara kasar, jumlah tuntutan berkemungkinan adalah bersamaan dengan jumlah pampasan yang diterima para peneroka (RM11.23 juta).

Bagi kumpulan 273 peneroka tersebut, mereka menganggap Mazlan telah mempedaya mereka.

Dengar keluhan dalam video yang bermula di SINI.

Friday, December 28, 2012

Pedas Dari Veteran DAP - Umpamakan Anwar Ibrahim Bagai Barang Buangan Yang Tak Berguna UMNO


Amat pedih untuk diterima oleh Anwar Ibrahim.

Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang tidak punya hala tuju oleh salah seorang calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan DAP yang lalu.

Bukan itu sahaja, Anwar diibaratkan sebagai bahan barang buangan dan tidak diyakini dapat membawa PKR lebih baik dari UMNO.

Congak Punya Congak Rupanya Nik Aziz Pajakkan Tanah Pada Ngeh & Nga Sampai 3 Keturunan

Mercs ini hasil duit pajak ke?
Jangan main-main bila bab pajak tanah 70 tahun. Rumah pusaka yang aku duduk sekarang pun dibawah pajakan negeri 99 tahun.

Meskipun berbeza 29 tahun, tanah seluas lebih 4,000 hektar yang dipajak 70 tahun oleh Ngeh & Nga di Kelantan sudah cukup untuk membolehkan ia diguna selama 3 keturunan.

Selagi Kelantan dipegang PAS, elok benar kalau ia dikenali sebagai "Kelantan Darul Pajak".

Ada lagi cerita bab pajakan oleh PAS, boleh dibaca di The Unspinners.

Thursday, December 27, 2012

Motif Pendedahan Surat Sokongan Awang Adek Hussin - Pejabat Nik Aziz Cuba Babit Awang Adek Dalam Kelulusan Tanah Yayasan Islam Kelantan Kepada Ngeh & Nga?

Pejabat MB Kelantan telah mendedahkan sepucuk surat Dato' Dr Awang Adek Hussin dalam percubaannya mematikan isu yang dibangkit oleh media.

Selain surat Awang Adek, sepucuk surat dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang ketika itu disandang oleh Dato' Peter Chin Fah Kui turut diedarkan kepada pihak media.



Bila membaca surat-surat berkenaan, ternyata bahawa Kerajaan Pusat Barisan Nasional begitu prihatin untuk membantu rakyat negeri Kelantan, meskipun pentadbiran negeri adalah dibawah Kerajaan PAS.

Surat Awang Adek kepada Peter Chin jelas menyebut 'untuk kepentingan ekonomi negeri Kelantan', apatah pula tanah tersebut dimiliki oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Berbalik kepada kronologi usahasama YIK dengan Usahapadu Plantations Sdn Bhd, kelulusan telah dibuat pada 28 Ogos 2005 dan perjanjian YIK - Upayapadu telah ditandatangani pada 3 Mei 2006.

Ini bermakna, surat menyurat yang melibatkan Upayapadu dengan Peter Chin dan Awang Adek dibuat selepas tawaran diterima oleh Upayapadu dari YIK. (Surat Peter Chin dan Awang Adek masing-masing bertarikh 12 Oktober 2005 dan 16 Januari 2006). Surat menyurat berkenaan tidak lain adalah untuk mendapat bantuan teknikal dari Kerajaan Pusat.

Akan tetapi, perlu diingat bahawa pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Ko Ming belum lagi muncul sebagai ahli lembaga pengarah Upayapadu. Kemunculan Ngeh & Nga hanya selepas terbengkalainya projek usahasama berkenaan.

Pendedahan terhada 2 pucuk surat berkenaan, sebenarnya tidak akan dapat mematikan persoalan-persoalan terhadap keistimewaan yang diberikan kepada Ngeh & Nga untuk meneruskan projek yang terbengkalai tersebut. Surat berkenaan bukan untuk menyokong towkay-towkay yang ujud dalam DAP yang menganut sosialisme.

Untuk rekod, sebelum tawaran kepada Upayapadu, sebuah syarikat lain telah diberikan hak pajakan terhadap tanah milik YIK yang lebih 4,000 hektar tersebut. Namun, usahasama pertama itu yang diluluskan pada Disember 2000 telah ditarik balik pada 18 Ogos 2004.

Sebaliknya bagi Upayapadu yang bertukar pemilikan kepada Ngeh & Nga telah diberikan keistimewaan untuk menyambung usahasama, meskipun telah terbengkalai sejak 2007 dan sepatutnya ditarik balik hak pajakan keatas tanah berkenaan. Hakikatnya, keistimewaan telah diberikan atas faktor, Ngeh & Nga sanggup membayar RM1.5 juta.

Baca SINI untuk mengetahui faktor RM1.5 juta yang menjadi kekuatan Ngeh & Nga.

Pegawai Nik Aziz Ugut Anak Jati Kelantan

Adalah kurang manis bagi seorang pegawai di Pejabat MB Kelantan mengeluarkan perkataan berbaur ugutan terhadap seorang pemuda anak jati Kelantan.

Dalam kenyataan yang dipetik oleh Harakah, Setia Usaha Akhbar MB Kelantan Fadli Shaari telah memberi amaran untuk menyaman Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad.

Baca petikan kenyataan Fadli di bawah,

Melalui semakan kenyataan Wan Khairul di Agenda Daily, ia lebih berbentuk ajuan soalan tanpa mengandungi sebarang unsur fitnah.

Wednesday, December 26, 2012

Anwar Ibrahim Kini Lega Setelah Sekian Lama Kencing Tak Tos Dikerjakan Nalla


Menurut laporan Bernama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menerima sebahagian besar pernyataan pembelaan Datuk Nallakarupan.


Setelah sekian lama kencing tak tos dikerjakan Nalla, Anwar akhirnya lega apabila mahkamah membenarkan pembatalan justifikasi pembelaan oleh Nalla.

Imbas kembali kandungan justifikasi pembelaan tersebut rujuk dokumen di bawah.







Namun Anwar jangan lupa bahawa Nalla mendakwa dirinya memiliki video aksi-aksi aiskrim Anwar.

Keseluruhan pernyataan pembelaan Nalla boleh didapati SINI.

Tuesday, December 25, 2012

Pejabat Nik Aziz Tipu Rakyat Kelantan - Tempoh Pajakan Tanah YIK Oleh DAP Selama 70 Tahun, Bukan 50 Tahun

Satu demi satu fakta mula terbarai berhubung isu tanah yang melibatkan pemimpin DAP Perak Ngeh & Nga.

Kelmarin, Agenda Daily mendedahkan penemuan baru. [Baca SINI].

Rupa-rupanya, Upayapadu Plantations melalui agen hartanah Amos Tan pernah mengiklankan  tawaran penjualan 100% ekuitinya di iProperty.Com 12/1/12.


Timbul persoalan dari iklan yang terpapar di atas, apabila tempoh pajakan dinyatakan sebagai 70 tahun. Fakta ini berbeza sekali dengan kenyataan rasmi Pejabat MB Kelantan yang menyebut tempoh pajakan adalah selama 50 tahun. [Baca siaran media Pejabat MB Kelantan di SINI].

Adakah ini satu percubaan dari Pejabat MB Kelantan untuk menipu rakyat Kelantan? Pada pandangan saya, bila YIK memberi tempoh 70 tahun bermakna adalah menghampiri dengan tempoh pajakan Tanah Rezab Melayu, iaitu 99 tahun.

Saya sebenarnya menunggu jawapan dari Pejabat MB berhubung kadar sewaan tanah yang amaunnya RM100 - RM150 mengikut jenis tanaman. Dalam iklan di atas menyebut bahawa kadar sewaan adalah mengikut kadar rata (flat rate). Ini bermakna sepanjang tempoh pajakan selama 70 tahun itu bakal tidak berubah.

Saya berpendapat, oleh kerana lot tanah berkenaan diusahakan untuk tujuan komersil bermakna ia adalah rendah. Sepatutnya, disyaratkan YIK berhak untuk menyemak kadar sewaan pada setiap 10 tahun.  Berdasarkan pengalaman, saya pernah terserempak dengan pengusaha nurseri tanaman di Selangor yang membayar sewaan T.O.L RM20,000 lebih di kaunter pejabat tanah, hanya untuk tanah yang seluas 'sekangkang kera'.

Seperkara lagi yang menarik perhatian ialah harga pelawaan pembelian yang berjumlah RM36.8 juta dan pembelian dibuat melalui pengambilalihan 100% ekuiti syarikat berkenaan. Ini bermakna, untuk mengambilalih tanah Ngeh & Nga mesti membeli 100% ekuiti syarikat.

Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman mendedahkan pegangan ekuiti Ngeh terhadap Upayapadu (selepas pengambilalihan) adalah berjumlah RM31.5 juta, iaitu pegangan langsung sebanyak RM15.5 juta (49% ekuiti) dan RM16 juta dari kedudukan sebagai pengarah syarikat Efektif Kirana yang memegagang 51% baki ekuiti Upayapadu.

Dengan pelaburan sebanyak itu, bermakna Ngeh & Nga begitu serius untuk menceburi bidang pembalakan dan perkayuan. Nampaknya Ngeh & Nga mahu kedua-dua politik dan perniagaan sekali gus. Ini amat bertentangan dengan amalan DAP yang menganut fahaman sosialis. Atau sememangnya DAP dalam diam melahirkan kapitalis dikalangan sosialis?

Dalam mempertahan dirinya, Ngeh mendakwa beliau hanyalah 'trustee' dalam amalan guaman. Namun beliau enggan mendedahkan anakguamnya.

Mungkinkah pemilik asal Upayapadu Tengku Wong merupakan individu yang dimaksudkan oleh Ngeh?

Kita tunggu jawapan-jawapan dari Nik Aziz dan Ngeh & Nga terhadap pendedahan demi pendedahan yang bermula dari Pisau.Net. Kini satu demi satu penyelewengan telah didedahkan untuk penghakiman rakyat.

Ngeh Koo Ham - Pelopor 'Towkayisme' Dalam DAP

Dari segi persepsi, parti-parti dorminan Cina iaitu MCA, Gerakan dan DAP telah dilabelkan mengikut kelas berasaskan komuniti Cina di Malaysia.

Sejak dulu, MCA digelar sebagai parti towkay sementara Gerakan pula dikatakan sebagai mewakili kelompok profesional Cina. Dalam pada itu, DAP yang kepimpinan dan keahliannya yang dorminan Cina, lebih dilihat sebagai pengamal sosialis.

DAP secara lahiriahnya sebuah pertubuhan sosialis dan parti tersebut adalah anggota Pertubuhan Sosialis Antarabangsa.

Meskipun kita tahu bahawa DAP mengamalkan fahaman sosialis, namun dengan melihat perkembangan terkini, bagai telah wujud pengamal kapitalis didalam DAP, melalui pelopornya Datuk Ngeh Koo Ham, pemimpin DAP Perak. Ngeh adalah Adun Sitiawan, disamping menjadi MP Beruas di Perak.

Jika sebelum ini MCA digelar sebagai parti towkay, dengan tingkah laku Ngeh akhir-akhir ini, telah menampakkan penularan 'towkayisme' (iaitu merujuk kepada kapitalisme) dalam DAP. Ngeh rupa-rupanya seorang yang jutawan, apabila mempunyai pegangan kepentingan dalam sebuah syarikat pembalakan.

Saham Ngeh dalam syarikat pembalakan berkenaan berjumlah RM31.5 juta. Justeru, tidak menghairankan apabila Ngeh menerima penganugerahan 'Datuk' dari Sultan Perak, yang tidak lain adalah bertujuan untuk meletakkan dirinya sebaris dengan usahawan-usahawan lain di Malaysia.

Dalam pemilihan DAP yang baru berlangsung, Ngeh sekadar dapat melayakkan diri menduduki salah satu 20 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP. Beliau adalah di kedudukan ke 20 dengan raihan 824 undi.

Dinilai dari karakternya yang lebih kepada 'towkayisme', Ngeh dikira bernasib baik untuk dapat menduduki 20 kerusi utama dalam kepimpinan sebuah parti pendokong sosialisme seperti DAP.

Monday, December 24, 2012

Gambar Ngeh & Nga Dengan Nik Aziz Berserta Bag Yang Disyaki Berisi Duit RM1.5 Juta


Foto di atas mungkin gambar biasa.

Cuma yang memusykilkan ialah sebuah bag berwarna hitam dan kelihatan sendat di depan 3N (Ngeh/Ngah/Nik).

Kalau berisi dokumen, apa perlu diangkut sampai ke dalam masjid. Tentu ia amat bernilai. Jangan-jangan dalamnya berisi wang RM1.5 juta (?).

Penglibatan Ngeh & Nga dalam isu tanah balak di Kelantan begitu dikhuatiri oleh Anwar Ibrahim. Blog Gelagat Anwar menulis,

Anwar sempat memberitahu Dr Md Nur Manuty:- 
‘They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham’ case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!’ 
Anwar bersungguh menyampaikan hasrat kepada Karpal agar ‘pressure’ DAP supaya mengambil TINDAKAN DISIPLIN segera dalam isu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Anwar tidak risau dengan PAS – sebab PAS boleh ada ayat quran untuk tenangkan hati pengundi Melayu. DAP? Integriti dan kebolehpercayaan adalah segalanya untuk DAP. Kalau terbukti bahawa mereka terlibat – DAP is gone. 
Anwar sangat khuatir jika kes Ngeh/Nga ini MEREBAK sampai ke pengundi di Sabah dan Sarawak. Budaya ‘kickbacks’ ini tak sepatutnya jadi budaya Pakatan Rakyat.

Sememangnya, telah timbul persepsi bahawa Ngeh & Nga dilihat agresif dalam membina nama mereka sebagai pemain dalam industri pembalakan dan perkayuan.

Kelantan, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak merupakan negeri banyak hutan. Bila Ngeh & Ngah mengambilalih Upayapadu Plantations Sdn Bhd, ia merupakan strategi untuk mencabul hutan di negeri-negeri berkenaan. [Baca SINI].

Anwar Diangkat Sebulat Suara Jadi Penaung


Baru menerima foto yang menarik dari blogger MIK.

Memang layak Anwar duduk di situ dan bukannya di kerusi PM.

Sunday, December 23, 2012

Nik Aziz Rasa Nak Meninju Bila Dapat Tahu Dia Kena 'Touch & Go' Dengan Tengku Wong


Pada pandangan aku Nik Aziz yang mempengerusikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) tak tahu apa benda. Dia ingat bila sewa pajakan tanah seluas 4,000 hektar (bersamaan 10,526 ekar) milik YIK selama 50 tahun kepada Upayapadu Plantations Sdn Bhd dengan kadar sewaan antara RM100 - RM150 setahun (bergantung kepada jenis tanaman) itu sudah cukup. Almaklum orang zuhud. Dia ingat dengan kutipan sewa tidak lebih dari RM1.5 juta setahun itu sudah mencukupi.

Jumaat lepas, Setia Usaha Akhbarnya telah mengedarkan siaran media kepada pihak media yang berbunyi berikut;


Siaran media ini adalah rentetan dari isu pembabitan pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming keatas tanah tersebut. [Baca ulasan awal di SINI].

Untuk pusingan kali ini, mari kita sama-sama analisa bagaimana Nik Aziz kena main dengan dengan Wong Yeon Chai a.k.a Tengku Wong.

Tengku Wong memang seorang pemain yang handal dalam industri pembalakan dan perkayuan. Pada agakan aku dia bukan punya kemahiran dalam perladangan hutan mahu pun sawit. Dipendekkan cerita, dia cuma mahir tebang, bukannya mahir tanam.

Bila bercerita mengenai 4,000 hektar (10,526 ekar) tanah YIK di Gua Musang, maka gerentilah tanah tersebut merupakan kawasan hutan.

Oleh itu, ini adalah kesempatan yang mesti diambil oleh Tengku Wong.

Agak-agak berapa keuntungan Tengku Wong? Kalau nak tahu beberapa keuntungan setiap hektar, dah pasti Tengku Wong tak mahu cakap. Tapi kebetulan aku jumpa satu jurnal yang merupakan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik UPM berkenaan kos per hektar di SINI.

Untuk memudahkan, aku ambil petikan dari jurnal tersebut.


Aku malas nak huraikan technical terms CP dan LP. Memadai kalau aku katakan CP ialah Convetional Practice, sementara LP ialah Logfisher Practice. Senang cakapnya CP tu lama dan LP tu teknik baru.

Dalam pada tu penggunaan salah satu CP dan LP ada syarat-syaratnya. Kos CP rendah sebab ada pematuhan terhadap peraturan, sementara LP walau pun tinggi kosnya tapi boleh bulldoze semua. Bab itu korang rujuklah kandungan jurnal.

Bagi sesiapa yang pernah belajar Business Math tentu akan dapat kos CP adalah berjumlah RM9,246/hektar kalau berasaskan kos LP RM13,573/hektar.

Bagi tujuan khusus pembalakan, pembalak tak boleh sewenang-wenangnya kasi bersih hutan dengan kaut semua balak. Tapi kes tanah YIK ini, mereka nak buat ladang hutan (tanam getah klon untuk hasilkan kayu getah) dan sebahagian lagi untuk ladang kelapa sawit.

Dah namanya pun nak buat ladang, maka Tengku Wong boleh kasi gondol seluruh 4,000 hektar tanah itu.

Ok, kita balik semula pada pengiraan untung. Rasanya kita kena ambil pada kos LP (RM13,573), sebab dalam projek ini, lesennya besar. Maksudnya boleh kasi gondol seluruh hutan.

Kita andaikan keuntungan ialah 10% dari kos, jadi untungnya akan jadi RM1,357/hektar.

Kalau keluasan 4,000 hektar maka keuntungan Tengku Wong akan berjumlah RM5.428 juta.

Itu cuma anggaran keuntungan melalui matematik mudah. Aku nak bagi tau korang Tengku Wong bukan orang bodoh. Dia pernah invent jentera pembalakan.

Cuba korang baca petikan rencana Utusan Malaysia 26/4/2001 kat bawah:-


Sebab Tengku Wong bijak, maka dia boleh kurangkan lagi kos dan pengeluaran akan jadi lebih efektif. Kemungkinan besar untung dia lebih dari yang aku kira.

Oleh sebab itu, buat apa dia nak pening-pening buka ladang hutan dan kelapa sawit. Dia kena tunggu lama untuk dapatkan hasil. Pada masa yang sama nak kena bagi RM1.5 juta setahun pada YIK.

Itu sebab baik dia buat keputusan, KASI TOUCH & GO SAMA NIK AZIZ. Dah dapat keluar semua hasil hutan, dia bukan ucap 'assalamualaikum' tapi dia ucap 'goodbye' pada Nik Aziz.

Agak-agak korang, siapa yang supply kad prabayar pada Tengku Wong untuk kasi TOUCH & GO sama Nik Aziz?

Saturday, December 22, 2012

Habis Anwar Kali Ni..... Pontianak Harum Sundal Malam Dah Minta Pulang Balik Barangnya


Silap-silap gaya habis Anwar Ibrahim kali ini.

Setelah dengan kenyataan merendah-rendahkan calon-calon Melayu yang kalah dalam pemilihan CEC DAP sebagai tidak cukup memberikan dokongan dan impak dari segi kepimpinan, Anwar akhirnya telah diminta supaya memulangkan kembali 3 kerusi kepada DAP, yang diberikan atas ihsan oleh parti berkenaan kepada PKR di Pulau Pinang semasa PRU12.


Pemimpin Melayu DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor dalam kenyataannya di atas, seolah-olah beranggapan bahawa PKR menutup ruang pemimpin-pemimpin Melayu untuk dicalonkan bertanding dalam PRU.

Mungkin juga, Zulkifli ingin ditabalkan sebagai Exco Agama yang pertama dari DAP di Pulau Pinang?

Kesian Nizar - Pucat Lesi Dikerjakan Zambry


Nizar Jamaludin kelihatan pucat lesi bila MB Perak mendedahkan kepada Sidang DUN Perak bahawa bekas MB itu telah meminitkan arahan kelulusan kawasan kepada Pengarah Jabatan Hutan tanpa melalui Jawatan Kuasa Balak.


Alangkah baik kalau MB Perak terus mendedahkan kepada pihak mana yang diberikan oleh kelulusan oleh Nizar.

Apakah ada kecenderungan yang memungkinkan pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah menjadikan hutan Perak sebagai medan bertatih untuk mendapatkan pengalaman?

Jika tidak masakan mereka begitu ghairah membuat pelaburan jutaan ringgit untu projek ladang hutan di Kelantan. Baca SINI untuk mengetahui aktiviti Ngeh & Nga bagi mengukir diri mereka sebagai pemain utama industri perkayuan di Kelantan.

Friday, December 21, 2012

Setia Usaha Akhbar MB Kelantan Dedahkan Ngeh & Nga Bayar RM1.5 Juta Kepada Yayasan Islam Kelantan


Hari ini Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar MB Ahmad Fadhli Shaari, mengeluarkan siaran media berhubung tanah 10,526 ekar yang diambilalih oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Petikan kenyataan Pejabat MB di bawah, diambil dari Harakahdaily.


Mungkin ada kesilapan dalam siaran media berkenaan, apabila keluasan perkara subjek (tanah berkenaan) ditulis sebagai 10,526 hektar. Namun hal itu tidak perlulah diperbesarkan dan anggaplah sebagai kesilapan typo.

Dari penjelasan di atas, kerajaan PAS Kelantan melalui YIK, seolah-olah tidak serik dengan 2 kegagalan mereka berhubung dengan 2 pajakan tanah sebelum ini. Ngeh, Nga & rakan-rakan bukanlah nama-nama besar dalam bidang pembalakan mahupun perladangan. Khususnya Ngeh dan Nga mereka lebih terkenal sebagai ahli politik. Berapa lamakah pengalaman mereka dalam bidang tersebut?

Pajakan pertama pada tahun 2000 telah ditarik balik pada 2004. Manakala pajakan kedua yang ditandatangani  pada 2006 dengan Usahapadu Plantations Sdn Bhd yang dimiliki oleh taikun balak Dato' Seri Wong Yeon Chai a.k.a Tengku Wong juga terbengkalai sejak 2007.

Meskipun pajakan pertama ditarik balik dalam tempoh 4 tahun kegagalan perlaksanaan projek, sementara Tengku Wong dilayan agak istimewa bila masih tidak dibatalkan perjanjian walau pun terbengkalai melebihi 4 tahun (rujuk surat menyurat yang didedahkan oleh Pisau.Net).

Banyak perkara yang menimbulkan tandatanya dari penjelasan dari Pejabat MB yang antaranya:-

  • Sumbangan RM1.5 juta yang dibayar oleh Ngeh, Nga & rakan-rakan kepada YIK diatas pengambilalihan pengurusan Upayapadu, walhal YIK tidak ada kepentingan pegangan dalam syarikat berkenaan
  • Apakah amaun RM1.5 juta tersebut berupa diskaun, diatas terbengkalainya projek selama 5 tahun. Secara kasar kerugian YIK dari segi kutipan sewa pajakan (dinilai pada RM100 seekar) dianggarkan mencecah RM5 juta untuk tempoh 2007 - 2012;
  • Mengapa tidak dibatalkan perjanjian dengan Upayapadu dan mempelawa NewCo dibawah pemilikan Ngeh, Nga dan rakan-rakan?
  • Apakah kadar sewaan merupakan kadar rata untuk selama tempoh pajakan 50 tahun?
Pada anggapan saya, RM1.5 juta yang dibayar oleh pemimpin-pemimpin berkenaan lebih kepada deposit untuk pembaharuan perjanjian untuk projek berkenaan dan bukannya sebagai syarat pertukaran pengurusan Upayapadu. Malahan, ia juga merupakan diskaun terhadap tunggakan sewa sepanjang terbengkalainya projek berkenaan, yang dianggarkan tertunggak sebanyak RM5 juta.

Saya juga mengesyaki bahawa Upayapadu mempunyai projek selain dari pajakan tanah YIK. Jika tidak masakan Ngeh-Ngah sanggup mengeluarkan RM1.5 juta kepada YIK. Itu belum lagi mengambilkira amaun yang dibayar kepada Tengku Wong untuk proses pengambilalihan Upayapadu.

Seperkara lagi yang menjadi daya tarikan keatas Upayapadu ialah fasiliti kredit berjumlah RM16.2 juta dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD) iaitu GLC dibawah Lembaya Industri Perkayuan Malaysia - MTIB. (Baca SINI)

Kalau anda teliti surat menyurat pengurusan baru Upayapadu  dengan FPD, terdapat permohonan untuk menyambung baki kemudahan kredit (RM2 juta telah diguna oleh pengurusan terdahulu). 

Pada pandangan saya, FPD tidak sepatutnya melayan permohonan tersebut, bukankerana Ngeh dan Ngah adalah pemimpin DAP, tetapi atas faktor:-
  1. Projek tersebut telah terbengkali sejak 2007; dan
  2. Lembaga Pengarah (pengurusan) baru yang tidak berpengalaman dalam industri perkayuan.
Dalam pada itu, jika kadar sewa pajakan (RM100 seekar & RM150 seekar) kekal tidak berubah sepanjang tempoh pajakan, bermakna PAS tidak berpandangan jauh dan tidak pandai dalam mengendali rundingan dan seterusnya ini boleh membawa kerugian kepada YIK dalam jangkamasa panjang.

Kenyataan Terbaru Nik Aziz - "Selagi Melayu Menyokong UMNO Wajib Atas Saya Melawan Kerana Ini Barang Mungkar"


UMNO bagi Mursyidul Am PAS Nik Aziz dah umpama barang mungkar.

Kenyataan terbaru Nik Aziz yang menjelas pendiriannya, "Selagi Melayu menyokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini barang mungkar."

Sesungguhnya kenyataan Nik Aziz ini mempunyai unsur ugutan kepada seluruh bangsa Melayu, walhal bagi dirinya halal pula pula bagi PAS bersahabat dengan PKR dan DAP.

Hebat sangatkah keIslaman PKR dan DAP, lantas PAS menghulurkan salam persahabatan?

Bengong!


Nga Kor Ming Tak Mahu Mengaku - "Kalau gitu salahkan orang PAS," Ujarnya

Jelas betapa Nga Kor Ming seboleh-bolehnya mahu PAS dipersalahkan.

Ini bukan sikap sahabat yang baik.

Ketika respons kepada pendedahan Adun Pengkalan Baharu Datuk Hamdi Abu Bakar berhubung pemilikan 10,526 ekar tanah oleh Nga dan Ngeh Koo Ham, beliau berkata "....salahkan orang PAS".

Ketua Penerangan PAS Pusat Sahkan PAS Mahu Hadi Awang Sebagai Calon Perdana Menteri


PAS, dalam satu kenyataan melalui siaran media Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man mennyifatkan serangan terhadap Presiden PAS berhubung 'Amanat Haji Hadi' adalah kerana Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang diura-urakan sebagai calon Perdana Menteri.


Dengan kenyataan tersebut, maka terjawablah persoalan mengapa Setia Usaha Agong PAS enggan untuk menyatakan sokongan terbuka terhadap DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Thursday, December 20, 2012

Nasihat Kepada Nik Aziz & Azizan Razak Yang Juga Ada Kaitan Dengan Eli Wong Bukit Lanjan - Jagalah Hutan Simpan Masing-Masing


Bila menasihatkan MB Kedah dan Kelantan supaya menjaga hutan simpan masing-masing, tidak dapat tidak nasihat tersebut turut membabitkan Exco Alam Sekitar Selangor Eli Wong.

Ia bukan nasihat yang berbaur seksis, seperti yang disabitkan kesalahan kepada Adun Batang Kali  Mohd Isa Abu Kasim di sidang DUN Selangor. Sebaliknya ia adalah nasihat ikhlas kepada ketiga-tiga mereka.

Perlu diingatkan, apabila pendedahan oleh Pisau.Net tentang pengambilalihan Upayapadu Plantions Sdn Bhd oleh Ngeh Koo Ham & Nga Kor Ming yang membabitkan pajakan tanah 10,526 ekar di Kelantan, hakikatnya mempunyai agenda yang lebih besar dari itu.

Saya melihat bahawa pengambilalihan itu merupakan perencanaan DAP untuk menjadi Upayapadu sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) untuk mengerjakan hutan-hutan simpan di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mana mungkin SPV yang dicipta oleh DAP ini berhenti setakat berkhalwat dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dipengerusikan oleh Nik Aziz. Upayapadu sendiri sebelum ini dipandu oleh seorang yang robust dalam industri pembalakan iaitu Tengku Wong. [Kisahnya ada di SINI].

Bak kata pepatah, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan", justeru bila dah menceburkan diri ke bidang tersebut, tentunya pulangan besar yang diimpikan oleh Ngeh & Nga serta rakan kongsi mereka.

Khusus kepada Azizan Razak, cukup-cukuplah dengan penggondolan hutan di Kedah dan jangan relakan pula Upayapadu mengambil kesempatan dari ikatan persabatan anda.

Begitu juga Nik Aziz dan Eli Wong, jagalah hutan simpan masing-masing.

Kenyataan Terbaru Sidang Media Anwar Ibrahim Yang Bakal Mengundang Kemarahan DAP

Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dalam mengulas keputusan pemilim CEC DAP, secara berterus berterus terang memberikan faktor berikut yang menyebabkan tiada calon menang dalam pemilihan berkenaan:-

  • Semua maklum dan perlu diakui bahawa DAP adalah parti Cina; dan
  • DAP tidak punya pemimpin Melayu yang punya dokongan dan impak dari segi kepimpinan.
Baca petikan berikut yang dipetik dari portal rasmi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Media Selangorku:-

Kenyataan ini dengan sendirinya merendahkan kredibiliti pemimpin-pemimpin Melayu yang dilantik dalam kepimpinan tertinggi DAP, khususnya Naib Presiden Senator Dr Ariffin SM Omar.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Berdalih Berkenaan Kelab Malam Beroperasi Secara Haram Di Shah Alam


Kelab Malam Voyage telah pun mula beroperasi pada 12-12-12. Malangnya, MP Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mendakwa sebagai tidak tahu kewujudan kelab berkenaan.

Bila didedahkan, apa komen Khalid Samad? Nak tahu baca petikan The Mole di bawah:-


Malahan Khalid memberitahu bahawa beliau telah dimaklumkan oleh MBSA tiada sebarang permohohan untuk operasi kelab malam di kawasan berkenaan.


Jika tidak ada permohonan, bermakna bunting (foto atas) iklan pelancaran kelab tersebut adalah haram. Namun, kenapa tiada sebarang tindakan?

Ini amat berbeza dengan isu cadangan cineplex yang masih dalam pembinaan di Seksyen 16, Shah Alam. Khalid telah tampil dengan mengetuai piket memprotes di tapak pembinaan.

Seperti juga kes kelab malam, Khalid mendakwa cineplex berkenaan tidak membuat sebarang permohonan dengan MBSA.

Foto : Sinar Harian
Dua respons yang berbeza ditunjukkan oleh Khalid, seolah-olah beliau merestui kelab malam berkenaan, meski pun beroperasi secara haram.

Betulkah Ada 'Amanat Hadi Awang Versi Hari Natal'? - Jom Baca!


Dengar cerita, Presiden PAS dah tak berani keluar rumah kerana takut ditanya reporter berkenaan nasihat tarik balik 'Amanat Hadi' yang menghukum lawan UMNO adalah jihad oleh 2 Mufti, disamping serangan bertali arus para blogger pro BN.

Terbaru, betulkah yang di bawah ini merupakan 'Amanat Hadi Versi Hari Natal' yang bakal disampaikan pada 25 Disember depan?
Saudara-saudara sekelian percayalah, 
Kita dah lebih teruk dari UMNO, bukan kerana nama kita PAS. Kita sudah mengikut Barisan Nasional kerana kita pun nak memerintah kerajaan. 
Kita pun sama kafir kerana kita pun mengekalkan perlembagaan penjajah apabila memerintah Kelantan, Kedah, dulu Terengganu, sekejap Perak, dan bersama-sama dalam Selangor, mengekalkan undang-undang yang dulu kita panggil kafir, mengekalkan peraturan yang dulu kita panggil jahiliyah. 
Oleh kerana itulah kita kena akui mereka betul. Oleh kerana itulah kita harus mengakui cara mereka betul. Oleh itulah kita mesti cuba jadi lebih teruk dari mereka.  
Percayalah saudara-saudara sekelian, 
Perjuangan kita sudah jadi jahat, ucapan kita banyak bohong, putarbelit dan fitnah, derma kita dari sumber haram dengan menyeleweng Tabung Memali, kebas duit ahli Kohilal dan komisyen dari tauke-tauke Cina. 
Malu kita nak bergantung kepada Allah dalam menghadapi puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, sia-sia mati katak. Kita tipu diri ngaku akan mati dalam Islam. 
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita masuk PAS untuk jadi "kafir" dan munafiq yang 'menyalahguna ugama, cakap tidak serupa bikin.'
'Amanat Hadi Versi Hari Natal' ditemui di SINI.