Thursday, May 26, 2011

Teresa Kok Ikut Rombongan Najib Ke Tokyo?

Gambar Hiasan

Betulkah Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor Teresa Kok ikut misi dagang Najib ke Tokyo?

Pasti beliau pergi, jika tidak masakan boleh dapat pelaburan RM3.8B?

Bravo Teresa Kok!!!

Syarikat Jepun dijangka labur RM3.8 bilion 2011-2012

26/05/2011 3:49pm

TOKYO 26 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat-syarikat Jepun telah mengesahkan bahawa mereka akan melabur RM3.8 bilion di Malaysia antara tahun ini dan tahun depan di dalam pelbagai sektor, yang mencerminkan kepercayaan berterusan Tokyo terhadap Malaysia sebagai destinasi utama di rantau ini.

Bagi tempoh jangka panjang antara 2013 dan 2015, mereka akan membuat pelaburan kira-kira RM5.22 bilion di dalam projek-projek berkaitan elektrik dan elektronik, logam, biomas, PCP serta substrat yang digunakan untuk membuat pemacu cakera keras, kata Perdana Menteri kepada pemberita mengenai lawatan dua harinya ke Jepun di sini.

Pelaburan jangka panjang itu termasuk pelaburan Tokuyama Corporation di Bintulu yang mengeluarkan polisilikon, sejenis bahan yang digunakan untuk mengeluarkan sel solar dan elektronik.

Fasa pertama loji itu terdiri daripada pelaburan RM3.7 bilion yang akan siap pada 2013. - Bernama/Utusan

No comments: