Tuesday, May 24, 2011

Percaturan Dalam PAS Sudah Bermula - Tuan Ibrahim Bertanding Timbalan & Husam Bertanding Naib

Tuan Ibrahim Bertanding Timbalan

Husam Musa Bertanding Naib

Umpama buah-buah catur sudah mula digerakkan. Begitulah yang boleh diandaikan dari reaksi pengesahan kemasukan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam persaingan Timbalan Presiden PAS.

Kemudian, disambut pula penerimaan pencalonan Husam Musa untuk jawatan Naib Presiden. Apa yang menarik, Husam memberitahu bahawa kesediaannya untuk bertanding adalah untuk kekosongan yang ditinggalkan oleh Tuan Ibrahim, ekoran hasratnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Gerak demi gerak buah-buah catur, memungkinkan terkuisnya penyandang jawatan Nasharuddin Mat Isa dari saf kepimpinan tertinggi PAS.

Apa pun kuasa penentu ialah para perwakilan PAS yang akan menyertai muktamar yang bakal berlangsung minggu depan.

2 comments:

Anonymous said...

pemainnya mestilah nik aziz sbb husam ayam tambatan serta ketidakseraian beliau dengan ustaz nasar...

Anonymous said...

... dan jangan luper..., Tuan Ibrahim ni adalah saudara amat2 dekat Tuan Sabariah, bini Nik Aziz...!

Eluk laa... Nik Abduh bole bertanding naib Ketua Pemuda....!