Suatu yang menarik sebenarnya, disebalik terbitnya video "Anwar Nyanyi Bengawan Solo" di Youtube.
Saya melihat bahawa wujud konspirasi diperingkat dalaman PKR sendiri untuk menunjukkan jalan keluar kepada Ketua Umum mereka Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Pada 24 Mei 2011, Timbalan Pengarah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor Fariz Musa (gambar bawah) yang menjadi salah seorang penceramah dalam program JELAS - Tawan Malaysia, di Pelabuhan Klang telah menggambarkan Anwar sebagai seorang yang tidak lengkang bertasbih dan berzikir. Fariz seterusnya, memberitahu khalayak bahawa Anwar sentiasa memegang tasbih, malah jika duduk tangannya sentiasa di bawah meja membilang tasbih. Maknanya, mesej yang cuba disampaikan oleh Fariz ialah Anwar adalah seorang yang wara'.
Baca juga bagaimana Fariz buat Nurul Izzah tersipu-sipu di SINI.
Yang peliknya, keesokan harinya (25 Mei 2011) dipaparkan di laman-laman blog video Anwar sedang bergembira menyanyi, sementara ditangannya tidak lekang dengan telefon bimbit dan jari-jarinya aktif bergerak seperti sedang bertasbih.
Adakah itu yang cuba dimaksudkan oleh Fariz sebenarnya? Maksudnya apa yang dikatakannya sebenarnya berlawanan dengan watak sebenar Anwar?
(Video asal yang telah di'private'kan)
Tonton pula video yang telah di'upload' semula (dibawah) dan cuba cam imej lelaki yang tiba-tiba mucul di skrin di minit 1:31, samada mirip Fariz Musa seperti gambarnya (di atas).
Kalau tiada garisan hitam dibahagian paling bawah skrin, pasti akan jelas kelihatan jejari Anwar aktif bermain keypad telefon. Apakah ini yang dimaksudkan oleh Fariz Musa sebagai asyik bertasbih di bawah meja?
No comments:
Post a Comment