Sunday, May 22, 2011

Berita Baik! Mahfuz Omar Tidak Pertahan Jawatan Naib Presiden

Mahfuz Omar mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS dalam pemilihan kali ini atas alasan jawatan itu bukan milik peribadinya.

Sebaliknya, menerima pencalonan Naib Presiden untuk pemilihan tersebut.

Apa punya belit kenyataan Mahfuz?

"Kejar" dan "lari" mungkin tak sama tapi perbuatannya tetap sama.

Baca kenyataan Mahfuz di bawah:-

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mengumumkan bertanding mempertahankan jawatan naib presiden PAS dalam muktamar 3 Jun depan.

Beliau telah memenangi jawatan tersebut dalam muktamar lepas yang di adakan di Shah Alam pada 2009.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan naib presiden dan AJK.

“Atas dasar itu saya menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden.

“Saya tidak mahu menggunakan perkataan pertahaan kerana seolah jawatan milik peribadi saya.

“Jawatan ini milik parti dan semua orang boleh bertanding,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pokok Sena tidak mahu jumlah sebenar pencalonan yang diperolehinya.

Tetapi menurutnya lebih banyak dari 20 pencalonan yang diperolehi pada 2009.

Alasan beliau enggan memberitahu jumlah sebenar kerana calon jawatan lain juga tidak mengumumkan jumlah pencalonan mereka.

Mahfuz berharap perwakilan membuat penilain berdasarkan hasil kerja dan bukan kehebatan dan kewibawaan.

Menurutnya, beliau tidak memilikiu semua itu tetapi mahu bekerja kuat untuk parti dan negara. [FMT]

2 comments:

Anonymous said...

biasa la pakar putar bahasa dengan nada lembut supaya tidak nampak sangat kemaruk jawatan serta kuasa,kalau dicalonkan timbalan presiden beliau pun nak

Anonymous said...

Ini berita tidak baik ni...Mahfuz penyambung pok Nik.sepatah-patah tutur katanya melambangkan kebijaksanaan beliau.Hidup Mahfuz!!!kami menyokong anda.Hak ptuih....