Sunday, May 22, 2011

GobalaLeaks: Siapa MP Yang Ditawarkan Jawatan TPM Oleh Anwar Ibrahim Untuk Projek 16 September?

MP Padang Serai S.Gobalakrishnan dalam ceramah SSDE di Pelabuhan Klang mendedahkan bahawa beliau menjadi utusan Anwar Ibrahim untuk berunding dengan seorang MP BN dan membawa tawaran jawatan TPM kepada MP tersebut.

Sebaliknya MP BN tersebut telah menasihatkan Gobala bahawa "Anwar lebih bisa dari ular".

Siapa MP berkenaan?

Gobala hanya bersedia untuk mendedahkan nama MP tersebut jika dicabar oleh Anwar dan berucap di pentas yang sama dengan Anwar.

Ada banyak lagi pendedahan Gobala. Akar Umbi akan melaporkan satu persatu. Namun, ia tertakluk jika tiada laporan dibuat oleh sahabat-sahabat blogger yang turut berada di lokasi berkenaan.

1 comment:

vulcan933 said...

c tembarang n al liwati banyak angan2.satu pun tak jadi