Sunday, May 22, 2011

Macam Mana Nak Menang Kalau Pengikut YB ADUN Cuma 4 Orang?

TPM TS Muhyiddin Mohd Yasin dah pesan, setiap bahagian UMNO diminta selesaikan masalah dalam terlebih dahulu.

Akar Umbi orang bawah, jadi tidaklah terlibat dalam menimbulkan sebarang masalah kepada sesiapa.

Namun, apa yang didedahkan di Bahagian Jempol begitu menarik perhatian Akar Umbi. Seolah-olah ada yang tak kena. Berikut petikan dari blog Paneh Miang.

Tadi Tok Lilah, Ketua Bahagian Jempol berucap sebelum persidangan tamat. Ese macam biasa, mendengar dengan teliti. Mencari point2 yang boleh difikirkan.Handal orang tua nih berucap.Sepatah-sepatah.Dalam dan penuh makna as usual.

Diceritanya juga hubungan dengan YAB Dato' MB. Bagi ese yang mendengar. Ada point. Maknanya exco-exco kerajaan Negeri Sembilan yang mesti jadi orang tengah memperbaiki hubungan di antara keduanya.

Tapi bangkit pula YB Adun Palong yang paloi. Terus mencabar dan bagi gangguan semasa Tok Lilah berucap. Apala punya paloi YB Palong nih. Tadi time dia berucap, Tok Lilah tak ganggu pun. YB Palong ni time berucap pulak merapu tak tentu arah. Seriously, he is the biggest 'thing' on the earth that insult my intelligence. Langsung takde isi. Langsung tak buat homework. Totally, what a failure to Dun Palong at all.
Dari carian yang dibuat, hasilnya adalah seperti di bawah. Betulkan Akar Umbi kerana tidak mengenali watak-watak utama di Jempol kecuali Tok Uban yang pernah jadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Malaysia dan Ruslan Kassim bekas Exco Pemuda UMNO dan Ketua Penerangan KeAdilan.


1 comment:

Anonymous said...

hahahaha....kelakau betul la AU ni.Tapi kan mana lah tau YB ni cara dia sibuk turun padang dr main fesbuk.tapi mana mungkin, DS najib yg sibuk pun leh update fesbuk.isk..isk..isk..kalau dah sibuk or x mau approach cara fesbuk buat apa ekau bukakkkkk