Kerajaan sediakan insurans hayat kepada ketua isi rumah
25/05/2011 8:22pmKUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan pada tahun ini mula memberikan insurans kepada keluarga berpendapatan rendah terutama ketua isi rumah (KIR) jika berlaku kematian atau kecederaan kekal, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, skim itu adalah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Isi Rumah Berpendapatan Rendah bertujuan membantu isi rumah dari segi kewangan jika terjadi kematian dalam kalangan KIR.
"Terdapat tiga skim di bawahnya iaitu skim perlindungan hayat, skim kemalangan dan skim khairat kematian yang meliputi ketua keluarga, pasangan dan juga anak-anak.
"Skim ini layak diterima semua ketua isi rumah yang disahkan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga Januari 2011,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sijil insurans skim itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.
Shahrizat berkata, kerajaan membelanjakan RM12 juta untuk mendapatkan insurans dari Syarikat Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz) untuk diberikan kepada 100,000 ketua isi rumah seluruh negara. – Bernama/Utusan
Thursday, May 26, 2011
Lagi Satu Skim Yang Bakal Didakwa Idea Nurul Izzah
Skim Insuran Ketua Isi Rumah (KIR) bakal di'claims' sebagai idea Nurul Izzah dan mempunyai kepentingan PM.
Kita tunggu respons dari para pemimpin PR berkenaan skim tersebut yang telah diumumkan oleh DS Sharizat Abdul Jalil hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment