Sunday, May 22, 2011

GobalaLeaks: Sudah 2 Orang Bekas Pemimpin PKR Bersumpah Rampas Selangor

Setakat ini saya telah mendengar 2 orang bekas pemimpin PKR bersumpah untuk mengembalikan Selangor kepada pentadbiran BN.

Mereka ialah Senator Mohd Ezam Mohd Nor dan yang terbaru MP Padang Serai S. Gobalakrishnan.

Gobala dalam ceramahnya dalam Road Show SSDE, telah bersumpah untuk membantu BN menawan semula Selangor.

Antara alasan beliau ialah kerakusan dan pengkhianatan Anwar Ibrahim. Gobala kecewa apabila Anwar terlalu rakus dengan hasil mahsul Selangor, hingggakan khianat kepada rakannya sendiri.

Gobala menambah, seorang dermawan dan banyak berjasa kepada masyarakat India dan PKR sendiri, Om Thiagarajah telah dikhianati oleh Anwar. Tanah milik Om Thiagarajah telah dicerobohi oleh kerajaan negeri kerana pasir yang kini menjadi komoditi yang menyambung hayat Pakatan Rakyat.

Disamping itu, penyaluran bantuan ke SJKT juga didakwa oleh Gobala sebagai tidak telus, kerana ia disalurkan kepada rakan-rakan Anwar melalui NGO India dan tidak disalurkan terus seperti yang dilakukan kepada SJKC dan Sekolah Agama Rakyat.

Rakyat Selangor tidak tahu semua ini, melainkan melalui pendedahan yang dibuat oleh Gobala sendiri. Mungkin banyak lagi yang terperap di bawah karpet yang rakyat tidak tahu.

Kita tunggu pendedahan demi pendedahan Gobala yang seterusnya.

1 comment:

ojay said...

tak bermakna suma tu tak terjadi..

keeps everything in perspektif or you will losing the point.