Friday, May 27, 2011

Habislah Ariffahmi Sebab Nik Aziz Dah Ada Khairul Fahmi

Kali ini Ariffahmi kemungkinan tidak boleh lepas. Jangan ingat dia menantu MB Kelantan dia boleh lepas.

Bapa mentuanya TG Nik Aziz Nik Mat kini sudah bagi green light pada SPRM.
Kita pun jangan buat telahan yang Nik Aziz bermaksud, SPRM jangan babitkan diri beliau sekali. Maksud sebenar Nik Aziz ialah supaya SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada Ariffahmi, meski pun dia adalah menantunya. Walau pun Nik Aziz tak cakap, maksudnya kalau perlu dibelasah dan disumbat dalam penjara, sumbatlah, kalau betul si Ariffahmi tu menantu tak guna.

Ariffahmi kena nilailah diri dia. Apatah lagi Nik Aziz ada lagi satu Fahmi, iaitu Khairul Fahmi.

Bagi Nik Aziz, daripada dia sayang Arifahmi, lebih baik dia sayang Khairul Fahmi. Jasa paling besar Khairul Fahmi ialah jaga gawang Kelantan dan Malaysia dari dibolosi. Sebaliknya Arif Fahmi pula senang-senang membolosi kantung Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK).

No comments: