Hasrat tok demang berkenaan telah disampaikan oleh Nazir melalui mesyuarat khas ibadah korban masjid berkenaan.
Namun, maklum balas dari ahli jawatan kuasa nampaknya tidak bersetuju. Tidak bersetuju itu bukanlah bermakna tidak mengizinkan tok demang menunaikan solat hajat disitu, tetapi tidak bersetuju dengan khatib yang dipilih.
AJK yang tidak bersetuju tersebut memberikan alasan bahawa menjadi kebiasaan bagi anak-anak kariah akan menyambut khatib (biasanya Imam I) turun dari mimbar dan saling bersalaman sesama jemaah yang hadir pada Aidil Adha dan Aidil Fitri. Jadi, bagi AJK berkenaan adalah janggal untuk menyambut selain dari Imam tempatan.
Tambah melucukan apabila AJK berkenaan menyoal, rasanya Pegawai Tadbir Agama pun gerenti balik kampung, masakan Pegawai Penyelaras Masjid tak mahu balik kampung?
Dalam hal ini, sebenarnya bukanlah bermaksud Jawatan Kuasa Masjid berkenaan menolak Pegawai Penyelaras Masjid berkenaan, cuma logiknya berilah peluang kepada anak-anak kariah meraikan Imamnya di Aidil Adha yang sememangnya telah menjadi tradisi di masjid itu.
Seperkara lagi yang menjadi soalan cepumas dari AJK kepada Nazir, berapa ekor lembu yang ditumbangkan oleh tok demang? Maka Nazir pun menjawab 0 ekor, lantas menimbulkan gelak besar dikalangan AJK yang hadir.
Kesian Nazir, bila keadaan tersepit dalam menunaikan hajat tok demang dengan bangkangan dikalangan jawatan kuasanya. Dengan serius beliau membalas, "Kau orang bolehlah ketawa dalam bilik mesyuarat ni, tapi aku yang sorang-sorang nak menjawab kat sana nanti!"
2 comments:
ini eden nak komen sikit. dikawansan mano BN ado YB terutamo UMNO wakilnyo, mmosti ado setidak tidaknyo se ekor lombu. ini dah tak bori nak khutbah pulo hai apo lah YB. tak tau malu ko?
tapi b ado bori lombu ke masjid. mano poi nyo.? kono kobes ko?
ha ha ha
mmg pun... 1 kawasan dun pun, x sampai 10 masjid....
Post a Comment