Monday, October 31, 2011

Video Yang Jadi Punca Exco Selangor Rodziah Ismail Nak Dirogol!


Juak-juak Pakatan Rakyat dah mainkan lagu lama. Imej di atas adalah contoh video lama yang diupload di laman Facebook untuk mainkan sentimen rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Di bawah ialah video asal dari YouTube;


Bagi kes setingggan di Rimba Jaya Shah Alam, penduduk di sana telah diberi kediaman sementara di Flat PPRT, Kg Baru Hicom, Seksyen 26. Mereka mendiami flat berkenaan secara percuma sementara menunggu rumah mereka di Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16 siap.

Pangsapuri Rimba Jaya telah siap dan dihuni pada 2008.

Rumah-rumah yang dirobohkan seperti di dalam video di atas, merupakan baki setinggan yang enggan berpindah ke Flat PPRT dan mereka telah membawa kes ke mahkamah.

Meskipun Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat masalah masih belum selesai. Kini Pakatan Rakyat Selangor berdepan dengan masalah besar di Rimba Jaya. Mereka telah menabur janji tetapi hingga rumah yang dijanjikan oleh mereka (tonton video di bawah) masih belum tertunai.


Exco Selangor Rodziah Ismail (dalam video di atas) telah berjanji bahawa PKNS akan mengambil alih tanah di Rimba Jaya.

Hingga kini PKNS tidak mengambilalih tanah berkenaan, sebaliknya PKNS menjual tanah yang mereka miliki. Contoh, tanah Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya. [Laporan klik SINI].

Tidak lama dulu Rodziah mendakwa dia telah menerima ugutan rogol. Barangkali video di atas yang jadi puncanya(?).

No comments: