Thursday, November 3, 2011

Nalla Kena Reject Oleh Kebanyakan Blogger Pro-Kerajaan

Kesian juga aku tengok Dato' K.S Nallakarupan bila disambut dengan kritikan oleh kebanyakan sahabat blogger diatas perlantikan sebagai Senator.

Bak dalam mencaturkan kedudukan tutup botol dalam permainan dam aji. Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan 3 aji milik kita sekali gus, dalam memerangkap lawan, walhal kita hanya dapat makan hanya 1 aji pihak lawan. Namun, kematian 1 aji pihak lawan itu, boleh membuatkan lawan kita bergerak tanpa sebarang advantage.

Begitulah Nalla dalam realiti politik di Malaysia hari ini. Memang diakui yang dia tidaklah sehebat mana, tapi kelebihannya ialah mengetahui banyak cerita dalam kain Anwar. Dia sudah berpatah arang dengan Anwar, jadi apa salahnya Najib bagi peluang kepada Nalla.

Samada suka atau tidak, hakikatnya mungkin Najib nak bagi sedikit muka pada Nalla. Bayangkan kalau Nalla dijemput berceramah dalam pilihanraya kecil contohnya, kan kurang manis kalau pengerusi majlis menyebut "Sekarang tibalah pula giliran Dato' Nallakarupan, bekas pembekal ayam kepada Anwar Ibrahim untuk memberikan ceramahnya ......................".

Sebaliknya, kalau dijemput Nalla berceramah maka kata aluan pengerusi bakal berbunyi "Maka dengan ini dipersilakan YB Senator Dato' Nallakarupan ...............", baru ada kelas sikit kot?

Memang aku bersetuju bahawa dalam kita berblog, perkara betul kita kata betul dan perkara yang salah kita tetap kata salah. Tapi dalam game antara Najib dengan Anwar ini, nampak bahawa kali ni Najib nak kacip habis Anwar. Itu sebab serangan-serangan banyak dari kalangan bekas sahabat-sahabat Anwar. So, harap-harap sangat jangan diganggu permainan ini.

Seperkara lagi, samada sedar atau tidak dari senarai top 20 blog pro BN yang dikeluarkan oleh Parpukari [klik SINI] ada terselit mereka yang pernah bersama pembangkang. Aku tidak pernah mempertikaikan mereka, sebaliknya dengan penuh yakin terhadap blogger-blogger berkenaan yang sepandangan dan sepengalaman dengan Nalla, malah mereka telah melihat kemungkaran-kemungkaran Anwar dan merasakan Anwar tidak layak menjadi PM. Maka dengan itu, ia perlu disokong.

Pandangan aku ini bukan atas simpati kepada Nalla, tapi atas realiti politik. Realitinya, perut Anwar perlu disenakkan dan biarkan dia terpaksa berulang alik ke jamban, hingga tak punya masa menyerang.

Aku akui pandangan ini mungkin ada cacatnya kerana aku pun bukan hebat sangat berpolitik. Kalau hebat sangat, tentu aku pun dah jadi orang kanan Najib. Namun, disebalik kecacatan pandangan aku, takkan tak ada yang baiknya kot?

3 comments:

Anonymous said...

" Apa jasa Nalla kepada negara "

Jawapannya mudah sahaja, bagi PM Najib Razak, seseorg itu tidak perlu ada jasanya kpd negara utk di lantik ke jawatan senator, cukup sekadar seorg itu pernah rapat dng Anwar Ibrahim walau pun sekadar rakan sepermainan tenis, itu sudah cukup besar jasanya.

Bagi Najib lagi, sesorg yg sanggup bermusuh dng Anwar adalah lebih besar jasanya daripada segala jasa yg ada di Malaysia ini.

Oleh itu jika anda mahu di kenang jasa anda dan nama anda akan terpahat di batu tugu peringatan yg akan didirikan tidak lama lagi, iaitu tugu 1 Malaysia maka anda di sarankan bermusuh dng Anwar Ibrahim.

Anda perlu memaksa diri anda memusuhi Anwar walaupun naluri anda menyatakan bahawa Anwar tidak perlu di musuhi, itulah pengorbanan anda yg paling besardan akan di kenang oleh negara Malaysia pimpinan Najib Razak.

Anonymous said...

Enemy of my enemy is my friend.

Nalla kata ada butki vid (vid lg) yg disimpan di luar negara. apa kata klu nalla dedahkan vid ni.tentu gempak.

KarimBUJANG said...

Apakah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat harus diketepikan dek kerana soal peribadi diantara DS Najib dan Anwar? Aku yakin kedua-duanya mempunyai masaalah peribadi yang kedua-dua mereka tahu, cuma belum dibuktikan secara jelas di dalam undang-undang negara. Kuasa politik akan menjadi penentu kemenangan kebenaran "penipuan dan masaalah" sebenar. Siapa yang akan kenakan siapa dahulu? Fokus kepada kepentingan rakyat telah diabaikan. Sepatutnya pemimpin yang lebih layak mestilah diberikan tanggungjawab dan amanah melalui jawatan senator yang ada. Bukan Nallakarupan atau Nala Punya Kurap!