Imej dipetik dari Malaysiakini
Imej dipetik dari Malaysiakini
Dalam pada itu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh juga ada membuat kenyataan yang tidak kurang menyinggung perasaan. Namun tiada pula sebarang reaksi dari Tuan Ibrahim dalam menempelak Pengerusi DAP itu.
Tak mengapalah, kita anggap sahajalah bahawa bedalan Tuan Ibrahim terhadap Chua Soi Lek sebagai jamak dan sindiran terhadap Karpal.
Jika diteliti betul-betul kenyataan Karpal, seakan-akan mempunyai makna yang amat tersirat;
Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.
"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.
"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya. [Malaysiakini]
Mungkin kebetulan, tetapi itulah realitinya apabila anakguam Karpal, DS Anwar Ibrahim yang diwakilinya dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan, telah turut memohon tuntutan qazaf dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Apakah Karpal bersetuju bahawa itu adalah percubaan Anwar untuk dibebaskan dari tuduhan lewat, atau kenyataan Karpal itu dibuat secara tidak sengaja?
Dalam perkembangan yang sama, Malaysiakini melaporkan kumpulan yang mendakwa sebagai NGO, Jingga 13 yang diketuai oleh Ketua Koordinatornya, Fariz Musa telah mengadakan perhimpunan untuk menyerahkan memorandum ekoran kenyataan Chua Soi Lek.
Meskipun berlindung disebalik NGO, hakikatnya Fariz Musa memegang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor yang berfungsi sebagai jentera propaganda regim MB Selangor TS Khalid Ibrahim.
Sekali lagi dipersoalkan, mengapa Jingga 13 tidak pula menghantar memorandum kepada Karpal Singh.
Menariknya dipihak Chua Soi Lek, beliau telah menerima memorandum tersebut secara gentleman, melalui Setiausaha Akhbar Presiden MCA Gian Say Khoon.
Apa pun, tampak Soi Lek lebih berani dari Anwar walau masing-masing punya VCD dipasaran!
No comments:
Post a Comment