KUANTAN 31 Okt. - Dewan Pemuda Pas Pahang mempertahankan pendirian membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands, 22 November depan.
Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata, Pas hanya melontar pandangan kerana konsert itu bukan sahaja tidak sesuai dengan budaya negara ini malah boleh disifatkan sebagai program maksiat.
“Nabi Muhammad SAW ada menyebut sesiapa yang melihat kemungkaran perlu mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu dengan tangan, ubah dengan lidah dan jika tidak mampu dengan lidah, ubah dengan hati.
“Ubah dengan hati ini bermakna membenci dan dalam konteks konsert tersebut kita (Pas) anggap ia program maksiat dan untuk apa kita hendak sokong program yang membawa konsep maksiat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. [Utusan]
Tuesday, November 1, 2011
Konsert Elton John - Dewan Pemuda PAS Pahang Tak Berani Berdemo?
Aku harap Dewan Pemuda PAS Pahang kali ini lebih bertegas. Telah acapkali bila Pemuda PAS membuat kenyataan dan kemudian ditempelak, maka kendur jadinya.
Harapan aku juga biarlah kenyataan itu lebih bersifat dakwah dari politik.
Contoh, Pemuda PAS pernah menentang Konsert MTV di I-City Shah Alam. Tapi tidak juga konsert itu dibatal oleh pihak berkuasa negeri Selangor. Sebagai pilihan, Pemuda PAS menganjurkan forum perdana di Masjid Shah Alam.
Persoalannya, kenapa bila ada konsert baru nak buat aktiviti dakwah? Biarlah aktiviti disemarakkan tanpa menunggu bila ada konsert dianjurkan disesuatu tempat. Pemuda PAS mesti istiqamah dalam perjuangan dan jangan gentar dengan gentar dan kecut dengan DAP serta PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tu konsert Elton John ..ni..ha'aa forum homosex yang bakal diadakan yang diterajui oleh keling peneraju bersih 20 tu..tu pun semua mangkok PAS diam jee..
slm, benda2 macam tu tak payah lah nak tunggu puak2 pas nak berdemo utk menentang konsert tersebut, bagi kita sbg umat islam adalah bertanggungjawab menentang kemungkarannya...bab2 mcm tu puak pas memang takut, sedia maklum tahukan sebahgian pemimpin mereka kaki itu...
semua ambil langkah play safe..asalkan populariti undi x jatuh
Post a Comment