Tuesday, November 1, 2011

Khalid Ibrahim Tak Curi Duit KDEB, Cuma Nak Kasi Telungkup


Imej di atas adalah dipetik dari hansard Dewan Undangan Negeri Selangor 12, Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama bertarikh 12 Mac 2009. Hansard penuh klik SINI.

Senarai syarikat-syarikat adalah dibawah Menteri Besar Incorporated (MBI), yang menjadi entiti pelaburan kerajaan Negeri Selangor.

Dibawah ialah laporan keuntungan (belum diaudit) untuk tahun 2008.

KDEB yang menjadi peyumbang utama dalam pelaburan kerajaan negeri semakin susut malah telah ditegur dalam Ketua Audit Negara dan boleh dibaca di SINI.

Malah, Malaysikini yang dilihat selalu memihak kepada Pakatan Rakyat turut menyiarkan artikel yang menghentam Khalid Ibrahim, baca SINI.

Barangkali, semua entiti pelaburan Selangor dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim berfungsi mencari kerugian dan bukan mencari keuntungan. Mekipun Khalid boleh menjadikan MES (Merakyat Ekonomi Selangor) sebagai alasan, namun ekonomi Selangor kini kelihatan messy, sekusut rambut Khalid.

No comments: