Tuesday, June 14, 2011

Mari Baca Kenyataan Bangang Din Pudu Raya Berkenaan RHB Capital!

Apalah malang PAS punya Naib Presiden yang bongok seperti Salahuddin Ayob. Kalaulah PAS perintah negara, alamat lingkup kerana tidak tahu bab ekonomi.

Sebelum ini, saya amat menunggu kenyataan Salahuddin berkenaan isu RHB Capital. Pucuk ditunggu, ulam mendatang.

Keratan di atas dipetik dari The Sun, yang menjadi ulasan Salahuddin Ayob disiarkan oleh Harakahdaily seperti berikut:-

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersetuju mengenai kebenaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara terhadap pengambilalihan bank RHBCap oleh Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB).

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian semasa ditemui di lobi Parlimen hari ini mengalu-alukan ADCB untuk ambil alih RHBCap dan menyatakan hasrat Maybank dan CIMB untuk mengambil alih RHBCap perlu dilupakan apabila kebenaran itu telah dibuat oleh Bank Negara.

Menurut beliau lagi, Maybank dan CIMB perlu terus dan merancang memikirkan satu sektor lain yang lebih menguntungkan mereka.

"Bagi kita tidak perlu Mybank dan CIMB untuk ambil alih RHBCap kerana Mybank dan CIMB ini kepentingannya adalah merupakan pengumpulan besar wang dana rakyat.

"Jadi, kita nak selamatkan dana dalam bank Maybank dan CIMB supaya tidak menggugat kepentingan awam.

"Hal ini kerana Maybank di bawah Pemodalan Nasional Berhad dan CIMB pula di bawah Khazanah yang terdapat wang dana rakyat.

"Kita mengharapkan tidak berlaku pengambilan bank oleh Maybank dan CIMB yang berhasrat untuk mengambil alih RHBCap.

"Hal ini kerana kita merasakan pekara itu tidak ada satu keperluan yang mendesak bagi kedua-dua bank yang besar ini untuk mengambil alih RHBCap," jelas beliau lagi.

Sebelum ini beliau telah membangktkan perkara tersebut semasa membahaskan Rang Undang-undang Larangan Kumpulan Wang Kutu 2011 di Dewan Rakyat.

Akhbar The Sun pada 13 Jun lalu melaporkan mengenai rancangan ADCB untuk mengambi alih bank RHBCap.

Inilah akibat bodoh tak mahu belajar, lain isu yang dikemuka, lain pula komen yang dia respons.

Laporan Reuters yang disiarkan oleh The Sun 13/6/2011 tidak pun menyebut pengambilalihan RHB Capital. Sebaliknya, yang disebut ialah penjualan 25% pegangan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) kepada Aabar (Abu Dhabi Investments Fund). BNM telah pun memberi persetujuan untuk kedua belah pihak membuat rundingan.

Sebaliknya, Salahuddin memberi komen bahawa beliau bersetuju dengan pengambilalihan RHB Capital oleh ADCB, walhal tidak pun disebut dalam The Sun berkenaan perkara tersebut. Apa punya bangang statement tu?

Disamping itu, ketololan beliau juga menyerlahkan betapa PAS tidak menjaga kepentingan negara. Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, sebuah bank tempatan diambilalih oleh entiti asing.

Kalau puak-puak ini perintah negara alamat lingkup!

7 comments:

Anonymous said...

SYTTTT...NANTI...NANTI..TUNGGU JAP!!

EMMM..TENGOK MCM BODOH... OK..OK.. KITA TUNGGU DIA BERCAKAP..TUNGGU LAAAA..

HAH!!! SAH MEMANG SAHHH!! LEPAS BERCAKAP BARU TAHU MEMANG BODOH!!

Anonymous said...

Salam Bro,

Siapa kata, equity asing tak pernah memiliki bank tempatan, cuba refer shareholding
alliance bank, kan ke di kuasai oleh Singapura, kaji dulu bro, jangan hentam kroma aje...

Satu lagi, ialah avenue capital, siapa yang control..., temasik holding kan, si kitol jual kat singapore kan....

Anonymous said...

Kalau nak tau bila YB tu berbohong bila dia buka mulut dan bercakap, grenti bohong dan tak tau kira dalam matematik, adesssss 25/100 bukan ambil alih syarikat belum cukup 33% daaaa, kalau 33/100 baru ambil alih, tu pun kalau jadi pemegang saham terbesar.

patut lah kohilal jadi KO.

Anonymous said...

salam bro,

Kalau di amati secara terperinci kenyataan dari sallahudin, ada juga kebenaranya, maksud beliau, seeloknya, maybank dan cimb membuat penekanan mengenai issue dalaman bank sendiri, jangan nak ambil alih bank-bank lain.

contohnya, maybank blunder dalam pembelian equity bank indonesia, semasa wahid baru mengambil alih maybank dari ceo yang jadi menteri zaman pak lah..., berapa yang maybank rugi....

biarlah equity 25% rhb capital dipegang oleh kumpulan abu dhabi, it's consider large equity but still majority shareholders are malaysian...

kata nak suruh bank malaysia bersaing,..siapa yang bodoh anda atau sallehuddin, lu fikirlah....

hashim chonel said...

bro,

Maybank has a lot of internal problem arising from the indonesian bank takeover, they losses amounted to trillion rupiah.So let them clean the problem first, why they need to take over another bank,..or just publicity stunt to hide the indonesian fiasco..

Cimb also has a lot of problems, look at their bad debt ratio as compared to public bank, why is the need to take over a bank that is majority owned by epf, rhb is making money for epf, direct return to epf contributors...

Cimb and maybank needs rhb to comouflage it's rotting bad debts!

So you all umno aparachit please check your facts first before bullshitting in your blogs.

Akar Umbi said...

Salam anon 5.24pm

Baca petikan dari harakah:

"Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersetuju mengenai kebenaran yang dikeluarkan oleh Bank Negara terhadap pengambilalihan bank RHBCap oleh Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB)."

Isunya: Kenyataan Salahudin RHB akan diambilalih oleh ADCB.

Cukuplah Din yang satu tu yg bodoh, harap tidak ditambah lagi.

Akar Umbi said...

hashim chonel,

am i bulshitting? the main issue highlighted is wrong response of salahuddin. ADCB intents to sell to Aarab.

You should blame Salahuddin as he agrees foreigner taken over of RHB Capital. I don't think he is aware that RHB also ASN/ASB agent and if the bank is taken over by foreigner, it means no more agency for RHB and it will reduce the availabilty of ASN/ASB agents in the country.