Tuesday, June 14, 2011

Kedegilan Kerajaan Pulau Pinang Bakal Undang Kontroversi Perundangan

Nampaknya, Kerajaan Pulalu masih dengan pendirian mereka untuk melaksanakan pilihanraya masjid, meski pun pelbagai pandangan telah diberikan kepada mereka. Pada hemat saya, kedegilan ini bakal mengundang kontroversi dan mungkin juga akan berdepan dengan permohonan tafsiran di mahkamah.

Di Selangor, pemilihan AJK Masjid juga melalui pemilihan tetapi sekadar pemilihan 'angkat tangan'. Malahan pemilihan tersebut sekadar terhad untuk menamakan senarai pencalonan dan kuasa penentu adalah dari Majlis Agama Islam Selangor.

Apakah langkah Kerajaan Pulau Pinang ini bertujuan untuk membuktikan kepada pembiaya utama PKR bahawa Anwar Ibrahim sebagai pendokong pro-demokarasi ala-Amerika, hingga perkara rumah ibadat pun hendak dilaksanakan pilihanraya?

Dalam laporan Bernama yand disiarkan oleh Utusan Malaysia, Exco Agama Pulau Pinang Abdul Malik Kassim membuat kenyataan,

Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).

"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: “Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri.”

Pada masa yang sama cuba kita baca kandungan enakmen dan kaedah berkaitan (seperti di bawah) dan anda carilah ruang mana yang boleh digunapakai oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk melaksanakan pilihanraya masjid seperti didakwa oleh Abdul Malik sebagai mengikut undang-undang dan enakmen kerajaa negeri.
ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN VII - MASJID

Seksyen 104. Jawatankuasa Kariah

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat peraturan bagi—
    (a) penubuhan Jawatankuasa Kariah bagi sesuatu kariah masjid;

    (b) menetapkan cara bagaimana anggota Jawatankuasa Kariah itu hendak dilantik; dan

    (c) menetapkan fungsi Jawatankuasa Kariah itu.
(2) Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah masjid, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah—
    (a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik masjid serta semua tanah perkuburan Islam dalam kariah masjid itu;

    (b) bertanggungjawab bagi kelakuan baik anak kariah dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan

    (c) memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang berbangkit dalam kariah masjid itu yang memerlukan perhatian Majlis.
**************************************

Kaedah 4. Pemilihan ahli Jawatankuasa Qaryah.

(1) Pegawai Tadbir Agama Daerah hendaklah mengemukakan dan mengesyorkan kepada Yang di-Pertua nama-nama anak qaryah dalam qaryah sesuatu masjid itu yang pada pandangannya adalah layak diIantik untuk menjadi ahli Jawatankuasa Qaryah.

(2) MAINPP, jika ia berpuas hati, bolehlah melantik orang-orang yang telah disyorkan itu menjadi Pengerusi dan ahli jawatankuasa Qaryah. Jika MAINPP tidak berpuas hati dengan mana-mana nama yang disyorkan itu, MAINPP bolehlah minta dikemukakan nama-nama yang lain, atau melantik mana-mana anak qaryah bagi qaryah masjid itu yang pada pandangannya adalah layak untuk menjadi Pengerusi atau ahli Jawatankuasa Qaryah.

(3) Dengan seberapa segera selepas MAINPP membuat perlantikan di bawah subkaedah (2), Pengerusi yang diIantik hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Jawatankuasa Qaryah untuk melantik di antara ahli yang dilantik menjadi Pengerusi-Pengerusi biro yang ditubuhkan di bawah Kaedah 2

No comments: