Dengan aduan ketirisan yang berlaku dalam akaun Yayasan Selangor oleh Wanita PKR kepada SPRM Selangor pagi tadi, kemungkinan Yayasan Selangor bakal diserbu sekali tidak dapat disangkal.
Kemungkinan sasaran untuk mengenakan kerajaan terdahulu bakal berubah, dengan pengurusan Yayasan Selangor sekarang ini dan juga mungkin pemimpin kerajaan negeri terpaksa menyediakan ruang masa untuk menjawab soal-siasat dari SPRM.
Zuraida Kamaruddin nak kenakan siapa? Mungkin juga MB sendiri, atas arahan pihak tertentu.
EXCO Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ketirisan aset Yayasan Selangor antara tahun 1991 sehingga 2008.
EXCOnya, Salamah Ismail, berkata laporan itu dibuat terhadap Yayasan Selangor membabitkan aset bernilai RM594 juta dan 50 kondominium milik yayasan berkenaan. - Bernama/Berita Harian
1 comment:
Seperti membuka pekung didada,knp nak siasat semasa zaman pemerintahan BN dulu,PKR selalu melaungkan rasuah,kroni tetapi sekiranya wanita pkr betul ikhlas dalam perjuangan baik mereka suruh SPRM siasat Yayasan Selangor kemana duit disalurkan,byk kepincangan sejak pakatan memerintah.Dari mane duit kerajaan membuat iklan menentang ISA
Post a Comment