Friday, June 17, 2011

Bagai Ditampar! Akhirnya Baruah Guan Eng Gagal

Hingga ke saat terakhir, Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang Abdul Malik Kassim masih lagi cuba berlagak pandai dengan kononnya bersedia kemungkinan berdepan dengan cabaran di mahkamah.

Dipetik dari laporan The Star;
"He (Abdul Malik Kassim) said the election of mosque committee members was provided for in Section 22 (4) of the Pulau Pinang Islamic Religious Council Enactment."
Kita lihat pula isu Seksyen 22 (4) enakmen berkenaan yang hanya sekadar menyatakan perihal keperluan minit mesyuarat majlis yang mesti dihantar kepada YDPA seperti berikut:

Seksyen 22. Minit


(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, dan jika semasa draf minit itu disahkan minit dipinda, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat.

(5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau, jika tindakan perlu diambil sebelum minit itu disahkan, Yang di-Pertuan Agong telah menandakan perkenannya secara bertulis.
Apa pun Malik umpama bagai dipenampar apabila, YDPA telah menitahkan supaya pilihanraya masjid Pulau Pinang dibatalkan. Baca laporan berkenaan [SINI]

DAULAT TUANKU!

No comments: