Monday, June 13, 2011

Dah Lewat Usia Persaraan & Tak Dapat Buat Caruman KWSP, Lim Kit Siang Salahkan Najib

Aku sebenarnya menunggu komen dari 2 orang Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar berhubung penggabungan RHB Bank [Baca SINI]. Bukan apa, aku suka dengar komen lawak dari 2 orang ni.

Lain yang ditunggu, lain pula yang muncul. Kali ini yang bagi komen ialah seorang yang telah lewat usia persaraan dan sudah tidak layak mencarum KWSP. Orang tua ini ialah Lim Kit Siang.

Orang tua ini, belum apa-apa hal sudah melalak dan menyalahkan PM DS Najib Razak dalam penggabungan mega ini.

Dalam blognya [SINI], beliau mengatakan Najib mesti bertanggungjawab dalam aliran keluar tunai dan monopoli yang tidak sihat ekoran penggabungan tersebut. Semua maklum bahawa BNM telah memberikan lampu hijau kepada Maybank dan CIMB untuk berunding dengan RHB Capital.

Dangkal sungguh hujah Kit Siang yang mempersoalkan aliran keluar tunai yang akan dibayar kepada Abu Dhabi Commercial Bank yang menguasai 25% pegangan dalam RHB Capital. Tapi dia buat-buat pejam mata pada 45% pegangan KWSP dalam bank tersebut. Sudah pastilah pencarum pun akan untung. Kit Siang memanglah tak untung sebab dia bukan pencarum.

Lagi satu, Kit Siang ni macam tak suka bank Malaysia mengatasi bank-bank Singapura dari segi saiz aset di rantau ini.

Bayangkan, jika Maybank berjaya maka ia bakal mengatasi DBS Group. Sebaliknya, jika CIMB yang berjaya, meskipun masih tidak memintas DBS Group tetapi CIMB memintas 2 bank Singapura OCBC dan OUB, seterusnya meletakkan CIMB antara bank terbesar di rantau ini.

Hal ini pun Kit Siang tak setuju?

1 comment:

akalil said...

Biasala bro, komunis bangsat nie mana la senang tgok orang2 Melayu berjaya..tu la..dok tiup sgt isu bangsa..bila Melayu unite sket trus terkincit..padan muka Lim Kit Siang..g brambus dok bawah ketiak Lee Kuan Yew lagi bagus!