Pemuda berani!
KJ pun sudah bersedia berdepan dengan court-martial kerana dia anggota Askar Wataniah?
Bersih: ATM sedia bantu polis
KUALA LUMPUR 17 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menggerakkan anggotanya di sekitar ibu kota bagi mengawal ketenteraman awam pada perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, bagaimanapun tindakan itu akan dipertimbangkan sekiranya terdapat permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita ada public order manual, yang menetapkan bahawa ATM adalah pihak berwajib untuk membantu apabila diminta oleh PDRM melalui saluran tertentu.
“Ada prosedurnya dan sudah tentunya kita sedia bekerjasama dengan PDRM apabila keadaan memerlukan sahaja,” katanya. - Utusan
No comments:
Post a Comment