Sunday, June 12, 2011

Dari 'Negara Islam' Kepada 'Negara Kebajikan' Dedahkan PAS Hanyalah Sebuah Parti Politik Dan Bukan Gerakan Islam

Hakikat bahawa tidak ada suatu peraturan khusus dalam p0litik kenegaraan didalam Islam kini diterima oleh PAS. Rasulullah sendiri sebenarnya tidak meletakkan suatu teladan pun untuk dicontohi dalam pembentukan negara Islam, seolah-olah pentadbiran ini biarlah dikendalikan oleh mereka yang mahir dan berkepakaran.

Bila kebanyakan blogger pro-UMNO/BN membedal perubahan komposisi kepimpinan tertinggi PAS pada hari ini, bukan bermakna UMNO/BN takut dengan perubahan tersebut. Sebaliknya, blogger pro-UMNO/BN mahu pun UMNO/BN sendiri, secara sinis menyimpulkan bahawa PAS adalah budak baru belajar dalam pentadbiran negara. Bagi UMNO/BN hal ini telah pun terlaksana.

Perubahan matlamat dari menegakkan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' dengan sendirinya membuktikan kecelaruan PAS sebagai parti politik dan telah mendedahkan plan A dan plan B PAS dalam meletakkan diri mereka dalam persada politik negara.

Bila MP DAP Bukit Bendera Liew Chin Tong mendedahkan bentuk dokumen asal Negara Islam yang dibentuk oleh PAS yang berlawanan dengan dokumen Negara Islam yang diterbitkan pada 2003, dengan sendirinya menyerlahkan PAS bukan sebuah gerakan Islam tetapi sebuah parti politik yang menggunakan jenama Islam sebagai daya tarikan pengundi-pengundi Islam. Inilah pembohongan nyata PAS selama 60 tahun!

Plan A PAS berkenaan Negara Islam semasa dibawah kepimpinan Ustaz Fadzil Nor seperti yang didedahkan oleh Liew Chin Tong adalah seperti berikut:-

● Masyarakat madani

● Hak saksama (al-musaawah)

● Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya

● Keadilan (al-‘adalah)

● Meritokrasi (as-solahiyah)

● Negara berkebajikan

● Pentadbiran dinamik dan inovatif

Lantaran kematian, Ustaz Fadzil Nor pada 2002, dokumen lain telah diterbitkan oleh pengganti Ustaz Fadhil Nor, iaitu DS Hadi Awang dan dokumen Negara Islam (versi Hadi dan ) adalah seperti berikut:-

● Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law

● Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah

● Takwa

● Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)

● Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)

● Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’

● Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Artikel penuh Liew Chin Tong disiarkan di blog AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad [SINI].

Dalam pada itu, kupasan dan ungkitan dari XpressMinda yang begitu menarik untuk dibaca [SINI].

Dari perkembangan yang berlaku dalam halatuju PAS hari ini, kita tahulah standard Hadi, Mat Sabu, Din Pudu Raya, Husam Janapala dan Mahfuz, yang hakikat jauh ketinggalan dengan Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin dan Shafie Apdal.

Penipuan demi penipuan PAS semakin terserlah dan memudahkan kita semua untuk membuat justifikasi menolak mereka untuk PRU13!

2 comments:

ramleideas said...

Saya bersetuju pada dasarnya dengan pandangan saudara. Tetapi untuk mengangkat tahap dan taraf pemikiran Hishamuddin dan Shafie Afdal ke tahap sebegitu tinggi, sama dengan PM DS Najib, Muhyiddin dan DS Zahid adalah keterlaluan.

Hishamuddin dengan jawatan Menteri Dalam Negeri seharusnya dapat melakukan dengan lebih baik bagi meningkatkan imej serta motivasi pasukan beruniform dan keselamatan negara. Jika dibandingkan dengan segala usaha dan tindakan yang telah dibuat oleh memteri KDN terdahulu (kecuali Syed Hamid), mereka telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan begitu baik dalam menghadapi situasi-situasi genting dan krisis didalam negara dan meyakinkan rakyat tentang keselamatan mereka.

Bagi saya, Shafie Afdal dengan segala kekuatan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sepatutnya berjaya memudahkan tugas YAB DS Najib didalam meyakinkan dan mententeramkan rakyat desa terutamnya diadalam mencapai kehidupan selesa. Tapi lihatlah apa yang berlaku. Rakyat desa dan kampung, tidak merasakan kebajikan dan kesejahteraan yang diharapkan dan di AMANAHkan keatas bahunya sapertimana arahan YAB PM.

Akar Umbi said...

maksud saya tiap org disaing dengan counterpart masing...

zahid vs salahuddin
hisham vs husam
shafie vs mahfuz

akui banyak perkara yg mereka(np umno) perlu pelajari untuk setanding dgn pm & tpm....