Sunday, April 24, 2011

Dr Mariah Mahmud, Kalau Bagus Sangat Pergi Balik Bertanding Di Kedah!

Pakatan Rakyat Selangor pukul canang seluruh Selangor, telah buat banyak pembaharuan hanya dalam tempoh 3 tahun memerintah.

Dr Mariah Mahmud, MP PAS Kota Raja dalam ceramah umum yang hanya dihadiri 800 orang (meskipun ucaptama oleh MB Selangor) dengan penuh bangga menggariskan kejayaan PR. Rasanya, tidak perlu ditulis apa yang dibentangkan oleh Dr Mariah kerana penuh dengan trick dan putar belit.

Umpama dalam pertandingan relay-100metre, Khalid Ibrahim sebenarnya beruntung kerana menerima baton dari Khir Toyo dengan baik tanpa sebarang jatuhan. Kantung negeri banyak dan Selangor telah pun diisytiharkan sebagai negeri maju, pada 2005.

Dr Mariah mendakwa berasal dari Kedah dan telah pun bermastautin di Selangor sejak 1980an. Kalau benar beliau telah pun menetap di Selangor sekian lama tentunya beliau sendiri dapat melihat perubahan dan pembangunan di kawasan beliau wakili, kawasan parlimen Kota Raja.

Sebelum 1990an, wujudkah Kota Kemuning, Bandar Puteri, Bandar Putera, Alam Impian dan banyak lagi kawasan lain dalam peta Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang mahupun Majlis Bandaraya Shah Alam?

Tidak ada dahulu, maka tidak ada sekarang. Dr Mariah sepatutnya bersyukur kerana tertabalnya beliau sebagai MP Kota Raja, bak insan yang dihadiahkan banglo fully-furnished yang dihadiahkan oleh Barisan Nasional. Tidak payah membeli, cuma masuk dan mengucapkan "assalamualaikum".

Dr Mariah, kalau anda betul-betul berhajat untuk menjadi wirawati yang membuat pembaharuan dan penambahbaikan, lawanlah Jaafar Shamsudin untuk jawatan YDP Kota Raja. Ketika itu barulah anda ketahui, segala sampah sarap yang tersorok dibawah karpet dari kelemahan Jaafar Shamsudin.

Jaafar Shamsudin adalah orang yang bertanggung jawab kepada terkuburnya seketika, Gerakan Belia 4B Kawasan Klang dan banyak hay-wire yang dilakukan oleh beliau.

Kalau tak percaya, cuba siasat sendiri sekretariat PAS Kawasan Kota Raja. Gerenti adat cacat celanya.

Atau pun Dr Mariah boleh memilih kawasan parlimen di Kedah, dan di sana baru teruji kebolehan anda!

No comments: