Peguam wakili warga China pertikai `wanita misteri'
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Peguam mewakili empat daripada lima warga China pada inkuiri awam di sini hari ini mempertikaikan pengakuan wanita Melayu bahawa dia adalah tahanan wanita misteri yang dirakam ketuk-ketampi dalam keadaan bogel.
Peguam S. N. Nair berkata, suruhanjaya tidak boleh bergantung kepada saksi polis semata-mata dan perlu mendengar keterangan saksi bebas berhubung pengecaman wanita misteri tersebut.
Katanya, beliau tidak melihat wajah wanita itu ketika dia memberi keterangan semalam, hanya melihat belakang dan rambutnya.
``Ini adalah inkuiri awam, tetapi ahli panel sahaja yang melihat wajahnya ketika dia membuka tudung. Malah, getah pengikat rambut tidak dikemukakan.
``Begitu juga telefon bimbit, saya tidak tahu ia tidak akan dikemukakan sehingga diberitahu hari ini. Kita tidak boleh mendengar keterangan saksi polis sahaja, perlu juga dengar saksi bebas,'' katanya. [Utusan]
Wednesday, April 27, 2011
Hari Ini Peluang Teresa Kok Buat Aduan Perlakuan Tidak Senonoh Anwar Ibrahim Kepada PM China
Suatu ketika dulu, Teresa Kok telah mendedahkan rakaman ketuk ketampi berbogel, seorang wanita yang didakwa warga negara China dilokap polis Petaling Jaya.
Setelah disiasat dan disahkan oleh panel inkuiri awam, ternyata wanita tersebut adalah warga tempatan dan berbangsa Melayu. Namun semasa sidang inkuiri, S.N Nair mempertikaikan finding panel inkuiri awam.
Kisah di atas adalah, kegemparan yang telah dibuat oleh Teresa Kok yang telah membawa kepada tertubuhnya inkuiri awam, ketika pentadbiran Pak Lah pada tahun 2005.
Menariknya kisah ini, kerajaaan telah menghantar utusan memohon maaf dari kerajaan China, mendahului sidang dan keputusan panel inkuiri awam.
Kini, ditahun 2011 kita didedahkan pula dengan video aksi seks yang melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang dengan seorang wanita China. Siasatan awal polis menunjukkan wanita berkenaan ialah seorang pelajar kolej swasta dan dikatakan sebagai warganegara China.
(Hairan, apabila Teresa Kok berpusing 360 darjah dan tidak kedengaran pula S.N Nair menjejaki wanita terbabit untuk dilindungi dan diwakili.)
Oleh yang demikian, sempena kedatangan PM China Wen Jiabao ke Malaysia hari ini, harus diambil kesempatan oleh Teresa Kok dan S.Nair untuk melaporkan diskriminasi keatas pelajar China di Malaysia dan 'kemesraan keterlaluan' pemimpin pembangkang Malaysia.
Sementara itu dipihak kerajaan, jika bersandarkan isu rakaman video ketuk ketampi di lokap (2005), seharusnya menjadikan isu tersebut sebagai precedent untuk menubuhkan inkuiri awam (walau pun bukan Suruhanjaya Diraja seperti yang dituntut oleh Trio Dato' T) bagi mengesahkan samada lelaki berkenaan adalah Anwar Ibrahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kepala komunis terbesar di dunia telah tiba di malaysia.MCA,GERAKAN,DAPig gelak besar abang long besar datang.
Post a Comment