Wednesday, April 27, 2011

"Pertama kali saya buat salah...encik tolong tengok berapa boleh kurang, lain kali saya janji tidak buat macam ini lagi"


Akibat terlalu percaya dengan dakyah DAP, Poh Chee Chow telah didenda R15,000 dan penjara sehari kerana cuba memberi suapan kepada pegawai polis.

Inilah jenis manusia yang tertanam mentaliti kerajaan BN adalah kerajaan rasuah dan sering pula menjatuhkan kredibiliti penjawat awam.

Padan muka kau.

JOHOR BAHRU 26 April - Kerana merasuah seorang pegawai polis sebanyak RM2,000 bulan lalu, seorang peniaga barang lusuh hari ini dipenjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Mohd. Nasir Nordin turut memerintahkan Poh Chee Chow, 33, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan.

Chee Chow didakwa memberi suapan kepada Inspektor Mohd. Hasrudi Mohd. Zain sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana tidak mempunyai lesen menjalankan perniagaan barangan lusuh pada pukul 11.45 pagi, 18 Mac lalu di 16A, Jalan Mengkibol, Kluang.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang diketuai oleh Mohd. Hasrudi yang membuat pemeriksaan di premis milik Chee Chow, dia mengaku, premisnya beroperasi tanpa lesen.

Chee Chow kemudian mengajak Mohd. Hasrudi bersama Konstabel Shazeril Aizat Mohd. Shaarani masuk ke pejabatnya dan mengeluarkan wang RM2,000 dari sakunya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Meskipun sudah diberikan amaran beberapa kali, namun tertuduh tetap berdegil mahu memberikan suapan tersebut sambil berkata: ``Kita jadi kawanlah.’’

Chee Chow didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan kerana ia adalah kesalahan pertamanya.

``Pertama kali saya buat salah...encik tolong tengok berapa boleh kurang, lain kali saya janji tidak buat macam ini lagi,’’ katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norzieaina Mohd. Khalib manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Utusan

1 comment:

mom said...

ha..ha polis n BN rasuah..kt `dap`..sbb dia byk duit haram..tak tahu nak sedekah kat mana..jadi sedekah ditukar kpd rasuah !!! ha...ha `dap`