Saturday, April 30, 2011

Madah Soi Lek Disambut Najib

Madah DS Chua Soi Lek telah bersambut.

Perwakilan dalam kerajaan: Kaum Cina perlu buat pilihan, kata PM

30/04/2011 6:18pm

KUALA TERENGGANU 30 April - Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.

Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. - Bernama/Utusan

Sudah dijangka, keputusan MCA unruk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika prestasi buruk dalam pilihanraya akan datang, merupakan satu tugas mudah untuk PM membuat keputusan.

Sebenarnya ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana Tun Dr Mahathir pernah mengurangkan jawatan MCA selepas pilihanraya 1995, ekoran prestasi kurang memberansangkan.

2 comments:

Ms Pearl said...

well, Kalau I cina (syukur bukan cina tapi melayu islam) - I sikit pun tak takut.

kaum cina kat malaysia ni tinggal di kawasan bandar bandar besar.

bandar besar memang akan menjadi tempat yang akan dapat segala kemudahan baik infrastuktur dan sebagainya.

So? takde kerusi dalam kerajaan pun takpe. kesenangan dah depan mata kan? THEY JUST WANT KETUANAN MELAYU DIHAPUSKAN itu je......

p/s: sekolah cina pun di bawah kerajaan apa nak risau. kerajaan still kena tolong. hmmmmm tak jalannya de.....

Anonymous said...

1. HAPUSKAN SEKOLAH CINA
2. GALAKAN ORANG MELAYU DUDUK DI BANDAR
3. ORANG MELAYU PERLU KAN ORANG CINA UNTUK BERJAYA ?
4. ORANG MELYU BERUSAHA BERSUNGGUH SUNGGUH & MESTI RAJIN
5. CINA NAK SOKONG SIAPA PUN TAK ADA HAL