SHAH ALAM 29 April — Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah tidak bersalah atas dakwaan menghina dewan itu.
Jawatankuasa itu bagaimanapun mendapati peguam kepada Badrul Hisham, Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersalah kerana gagal menghadiri pendengaran jawatankuasa hari ini meskipun diberikan notis sebelum ini dan memerintahkan beliau membayar denda RM20,000.
Pengerusi jawatankuasa tiga anggota yang dipengerusikan ADUN Kota Alam Shah M.Manoharan memutuskan keputusan terhadap Mohd Hafarizam dipanjangkan kepada DUN Selangor untuk pertimbangan selanjutnya.
Manoharan juga berkata, panel itu sebulat suara mendapati Badrul Hisham tidak bersalah setelah berpuas hati dengan penjelasan diberikan Badrul Hisham. — Bernama
Friday, April 29, 2011
Jangan Serang Teng Chang Khim - Anda Akan Kena Pao RM20,000
Teladan telah dibuat.
Teng Chang Khim tidak boleh disentuh.
Dia ada immuniti.
Anda akan dihadapkan ke JKHK.
Akhirnya anda akan dipao RM20,000.00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment