Malaysia, China perkukuh kerjasama dalam tiga bidang
28/04/2011 2:33pmPUTRAJAYA 28 April — Malaysia dan China hari ini bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.
Ia dicapai hasil rundingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari China, Wen Jiabao, di sini hari ini.
"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009,” kata Najib pada sidang akhbar bersama dengan Jiabao, yang berada di sini untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lepas.
Ini merupakan lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak Asean-China pada 2005. — Bernama/Utusan
Thursday, April 28, 2011
Najib Tidak Zalim - Ambil Kira Kepentingan Anwar Ibrahim
Kerjasama lebih rapat antara Malaysia dan China dalam 3 bidang iaitu pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional pastinya dialu-alukan oleh DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Pastinya, DS Najib mengambil kira kepentingan Anwar khusus dalam kemasukan pelajar-pelajar kolej swasta dari China, kemasukan China Doll yang menyamar sebagai pelancung dan perubatan tradisional yang bakal mengubat sakit belakang Anwar yang khbarnya begitu kronik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment