Wednesday, February 6, 2013

Selepas Pernah Kahwin Lari 33 Tahun Dulu, Doktor Gigi Dapat Anugerah Sempena Nama Isteri Rasululllah


33 tahun lalu, seorang wanita yang berkerjaya sebagai doktor gigi pernah mendapat perhatian  media apabila terlibat kahwin lari bersama kekasihnya.


Beliau ialah Dato' Seri Dr Wan Azizah yang kini adalah isteri kepada Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bernikah pada 28 Februari 1980 dengan berwali hakim di Pulau Pinang, Wan Azizah telah menimbulkan kemarahan dari bapanya.

Mengimbas kembali peristiwa berkenaan, Mufti PerakTan Sri Harussani yang ketika itu menjadi Kadi Besar Pulau Pinang mencerita detik tersebut kepada Utusan, antara lain kandungannya adalah;

"Bercerita lebih lanjut, Harussani juga mengakui yang beliau turut terlibat dalam pernikahan Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika bertugas sebagai Kadi Besar di Pulau Pinang. 
Harussani berkata, berdasarkan kuasa yang ada padanya pada masa itu, beliau telah membenarkan Anwar dan Wan Azizah dinikahkan atas wali hakim setelah bapa Wan Azizah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu."

Selepas 33 tahun berlalu, Wan Azizah akhirnya mendapat "Anugerah Khas Siti Khadijah" dari ABIM.

Bagaimana pun penganugerahan ini telah dipertikaikan kerana ia membabitkan nama isteri Rasulullah.

Klik SINI untuk membaca fakta yang dipertikaikan tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Assalam Bro,

Correct your fact, Dr Wan Jijah was an eye doctor.

TQ

Akar Umbi said...

t.q anon 2:59..