Bagi ADUN BN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil (kanan), semalam beliau merasa puas kerana dapat melibas Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap ADUN Meru Dr Rani Osman (kiri).
Ini adalah berikutan tapak sekolah agama bersebelahan Tesco Setia Alam telah diduduki oleh pusat perabot. [Baca laporan awal di blog Gerakan Timur].
Menurut Abdul Rahman, beliau berkesempatan bertanya kepada Dr Rani (ketika bertembung di DUN Selangor yang bersidang semalam) berkenaan tapak sekolah berkenaan kerana sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri, sepatutnya ADUN Meru berkenaan wajib menjadi benteng terakhir mempertahan dan memertabatkan Islam di Selangor.
Sebaliknya, Dr Rani mengelak dan memberitahu itu kawasan Exco Selangor Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik).
Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Abdul Rahman yang turut hadir di majlis bersama Sultan pada sebelah malamnya, bertanya kepada kepada Pengarah JAIS. Pengarah JAIS memberitahu, kebenaran hanya untuk setahun. Pada pendapat Abdul Rahman, masakan pihak berkenaan berani membuat bangunan kekal, jika keizinan hanya untuk tempoh setahun.
Justeru, tambah Abdul Rahman, soalan yang sama diajukan kepada Dato' Bandar Shah Alam. Jawapan dari Dato' Bandar mendedahkan yang kelulusan diberikan untuk pembinaan pusat perabot tersebut adalah berdasarkan keizinan oleh JAIS untuk tempoh 5 tahun.
Malang sungguh nasib Selangor apabila pemimpin-pemimpin politik tidak tahu cara memimpin. Oleh itu, Pakatan Rakyat tidak layak diberi mandat pada PRU13.
1 comment:
PR mmg x tau mentadbir, mereka hanya mahir memaki hamun, memfitnah, berdemo, baring atas jln dan sex.
Post a Comment