Tuesday, March 20, 2012

Begitu Mudah Pesuruhjaya PAS Melaka Mengikut Telunjuk ADUN DAP

Apakah Allah s.w.t ingin menunjukkan kepada kita semua bahawa PAS tidak layak memimpin harakah Islam?

Begitulah yang terjadi di Melaka, apabila Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari mempertikaikan sumber pendapatan surau dan masjid dengan tampil bersekongkol dengan ADUN DAP Ayer Keroh Khoo Poay Tiong.

Kalau ya pun hendak mempertikaikan menara-menara telekomunikasi di premis-premis Majlis Agama Islam Melaka, apakah tidak boleh bagi Adly bersuara bersendirian atas kapasiti Pesuruhjaya PAS.

Adalah kurang manis, untuk 'berperang' sesama Islam dengan menggunakan bantuan orang bukan Islam.

Bahaya menara telekomunikasi, sebenarnya tidak dapat dibuktikan.

Bak larangan makan babi, meskipun nyata ditegah dan disokong oleh para saintis tetapi masih ramai orang bukan Islam yang memakannya.

No comments: