Dalam suatu majlis yang saya hadiri 2 hari lepas, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil telah menyebut tentang adanya seorang YDP PBT di Selangor yang berperangai seperti 'jembalang tanah' melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat.
Meskipun tidak menjadi YDP di kawasan kediaman kami, perbuatan YDP ini telah menjadi teladan untuk diikuti oleh PBT lain.
Perkara yang disentuh oleh Abdul Rahman ialah berkenaan dengan kehilangan lokasi tanah yang diperuntukkan dalam pelan kelulusan pembangunan untuk tapak surau/masjid, sekolah agama dan sekolah rendah serta menengah.
Tambah Abdul Rahman lagi, bagi setiap kelulusan pembangunan oleh PBT akan mengambil kira ruang tanah untuk rumah ibadat dan sekolah. Oleh kerana tanah-tanah tersebut tidak diwartakan, maka ia telah disalahguna dengan kerjasama PBT.
Sebenarnya perbuatan ini memberi kesan kepada Kerajaan Persekutuan, seolah-olah kerajaan BN tidak peka dalam pembangunan institusi pendidikan di Selangor.
1 comment:
Meliwat atas tanah pun elok jugak.
Post a Comment