Banjir besar yang melanda Lembah Jaya, Ampang, Selangor bukan sekadar musibah kepada penduduk-penduduk yang terbabit. Rupanya, banjir tersebut telah mengapungkan kelemahan pentadbiran kerajaan PR Selangor dalam mengurus bencana.
Dikalangan penyokong PAS, tidak puas hati mula tercetus lantaran tulisan Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang mempersoalkan kecekapan pasukan bantuan kerajaan negeri yang terkaya di Malaysia dalam mengendali mangsa-mangsa banjir.
Tulisan Ahmad Lutfi yang turut tersiar di akhbar Harakah baru-baru ini, bukan sekadar menyentuh permasalahan banjir tetapi juga kewajaran menjaja simpanan RM1.6b oleh MB Khalid Ibrahim, yang pada masa yang sama tidak dimanfaatkan sepenuhnya kepada rakyat. Bagi Lutfi, beliau amat khuatir jika PR kalah pada PRU13, maka keuntungan akan diraih oleh BN.
Kegusaran PAS semakin bertambah ekoran pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang DUN Selangor Dato' Satim Diman.
Satim dalam ucapan di DUN Selangor, mendedahkan 8 kemungkaran pentadbiran kerajaan PR Selangor, 30 manifesto PRU12 yang tak tertunai atau gagal dipenuhi, 7 janji yang menjadi iltizam Khalid Ibrahim yang tidak terlaksana dan yang paling utama persoalan yang diajukan berkenaan fungsi Penasihat Ekonomi Selangor berserta kos overhead pejabat Penasihat Ekonomi tersebut.
Ditambah dengan huru-hara yang dibikin oleh bekas Exco Dato' Dr Hasan Ali, maka penyokong-penyokong PAS semakin pesimis dengan peluang PR menjelang PRU13.
No comments:
Post a Comment