Saturday, March 24, 2012

Lagi Kegagalan Pesuruhjaya PAS Selangor

Alkisahnya, sebelum PRU12 Kementerian Pelajaran telah meluluskan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (berasrama penuh) di kawasan parlimen Kapar. Namun, kelulusan adalah tertakluk sekiranya ada kawasan tanah untuk projek berkenaan.

Oleh yang demikian, demi melihat kewujudan SMAP di Kapar, Dato' Abdul Rahman Palil selaku ADUN Sementa dan Ketua UMNO Bahagian Kapar telah mengenal pasti dan memperuntukkan kawasan seluas 17 ekar di kawasannya. Malangnya, tanah yang dikenalpasti untuk projek berkenaan kini diberikan kepada pihak yang berkepentingan. Menurut sumber, kini tanah berkenaan cuma berbaki 6 ekar dan tidak sesuai untuk projek tersebut.

Meskipun berlaku peralihan pentadbiran kerajaan negeri, sepatutnya tanah seluas 17 ekar untuk SMAP itu seharusnya dapat dipertahankan. Ini kerana PAS mempunyai 2 kerusi DUN di Kapar iaitu Exco Pendidikan Dr Halimah Mohd Ali (DUN Selat Klang) dan Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap YDP PAS Kapar Dr Rani Osman (DUN Meru).

Ironinya, kedua-dua mereka tidak berupaya mempertahankan kewujudan SMAP di Kapar, malah seolah-olah mengizinkan pencabulan tanah seluar 17 ekar tersebut. Hal ini menjelaskan betapa PAS belum layak untuk menggantikan UMNO dalam meneruskan dan mempertahankan maruah Islam di Selangor.

Jadi bagi merealisasikan kewujudan SMAP di Kapar, pengundi-pengundi di sana wajib mengembalikan kerusi-kerusi parlimen Kapar, DUN Selat Klang dan Meru, disamping mempertahankan DUN Sementa kekal di tangan BN.

No comments: