Thursday, March 22, 2012

Dr Hasan Ali Sesah Anwar Ibrahim & 2 Parasit Dalam PAS

Sidang DUN Selangor yang berlangsung semalam, menjadi medan bagi ADUN Gombak Setia BEBAS Dr Hasan Ali membelasah 3 watak yang amat dibencinya.

Selain laporan awal, Dr Rani Osman disarankan oleh Hasan dirujuk kepada pakar psikologi, ADUN Hulu Klang Saari Sungib dan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim turut menjadi sasaran sinis Hasan.

Hasan secara sinis menganggap cadangan awal Saari berhubung menghadkan pemegangan jawatan individu dalam syarikat-syarikat kerajaan negeri telah tidak diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Sebaliknya, Hasan mendedahkan ada penjawat tertinggi syarikat kerajaan negeri menjawat 3 jawatan sekali gus, malah telah bermewah-mewah menggunakan kedudukannya. Saari Sungib adalah watak utama yang membawa kepada kerosakan pada imej Hasan diperingkat dalam PAS dan seterusnya membawa kepada pemecatan sebagai Exco Selangor dan dan ahli PAS.

No comments: