Wednesday, October 1, 2014

Exco Hal Ehwal Agama Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi Menunggu Masa Untuk Disingkir


MB Selangor Azmin Ali mengumumkan porfolio untuk 10 exco yang dilantik Jumaat lepas.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa portfolio Hal-Ehwal Islam adalah paling panas di Selangor. Namun, Adun PAS Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sanggup duduk di 'kerusi panas' tersebut, dalam pengumuman yang dibuat oleh Azmin hari ini.

Dalam tempoh 6 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, termasuk Ahmad Yunus, 4 orang telah bertukar ganti menggalas portfolio berkenaan.

Bermula dengan Dato' Dr Hasan Ali yang memegang jawatan tersebut kurang dari 4 tahun, diikuti oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih kurang setahun dan akhirnya selepas PRU2013 dan sebelum rombakan barisan anggota MMKN Selangor, jawatan itu telah disandang oleh Sallehen Mukhyi.

Seperkara yang menarik mengenai jawatan tersebut, kesemua Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Islam sebelum Ahmad Yunus, akan mengakhiri jawatan dengan keadaan yang begitu tragis.

Hasan dan Khalid mengakhiri jawatan apabila mereka telah dipecat dari parti masing-masing. Meskipun Khalid tidak secara serta merta terlucut jawatan ketika mengetuai portfolio berkenaan, namun badinya membawa kepada pemecatannya sebagai MB.

Sementara itu Sallehen turut bernasib malang, bila tidak tersenarai langsung sebagai exco dibawah pentadbiran Azmin.

Kini Ahmad Yunus terpaksa menghitung hari, bila pula akan disingkir.

1 comment:

Anonymous said...

Konflik nak pertahan agama ke jawatan dan pakatan ?