Friday, February 28, 2014

Khalid Ibrahim Panggil Ketua-Ketua Cabang Hadiri Makan Malam Untuk Ceritakan Kebobrokan Dalam Pimpinan PKR


"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama... saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion. 
Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," - Khalid Ibrahim
Di atas adalah kenyataan MB Selangor TS Khalid Ibrahim kepada Sinar Harian.

Tidak mustahil juga Khalid akan mengulangi perkataan yang sama kepada Ketua-Ketua Cabang PKR yang dipanggil ke majlis makan malam anjurannya yang berlangsung malam ini.

Sebenarnya, kenyataan Khalid itu adalah alasannya berhubung tiada pemakluman darinya kepada kepimpinan PKR berhubung penstrukturan semula konsesi air Selangor yang dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Alasan Khalid itu dengan sendiri membawa maksud, bahawa beliau tidak yakin dengan penyimpanan maklumat dikalangan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dalam isu berkenaan. Malah Khalid khuatir pendedahan maklumat tersebut akan diambil kesempatan oleh rakan-rakannya dalam kepimpinan PKR melalui spekulasi pasaran saham, memandang 2 syarikat awam terlibat dalam exercise tersebut iaitu Puncak Niaga dan Gamuda.

Justeru, Khalid menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan bahawa beliau lebih berintergriti berbanding saingannya Azmin Ali, malah juga lebih baik dari boss mereka, DS Anwar Ibrahim.

Khabarnya juga, menurut laporan Malay Mail ada kemungkinan Khalid akan mengumumkan untuk bertanding menentang Azmin, untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti berkenaan, April depan.

No comments: