Wednesday, February 26, 2014

Akhirnya Khalid Ibrahim Turunkan Tandatangan Dengan Bersaksikan Najib & Muhyiddin


MB Selangor TS Khalid Ibrahim sekarang boleh gelak besar.

Gelak Khalid turut ditumpang oleh PM DS Najib Razak.

Mereka punya alasan untuk gelak besar, kerana apa jua yang terjadi selepas 23 Mac 2014, malah jika Khalid digantikan oleh DS Anwar Ibrahim untuk jawatan MB Selangor, Projek Empangan Langat 2 tetap akan diteruskan.

Hari ini, Khalid menurunkan tandatangan dengan bersaksikan PM dan TPM dokumen persefahaman dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk membuka laluan Projek Empangan Langat 2 dimulakan.

Perkara kedua ialah pengambilalihan konsesi air Selangor oleh Kumpulan Darul Ehsan dari Syabas dengan kos RM9.65 bilion.

Malah dalam kenyataannya, MB Selangor itu menegaskan, jika badan timbang tara antarabangsa yang dilantik menilaikan harga tawaran adalah lebih tinggi, kerajaan Selangor bersedia membayar mengikut harga nilaian tersebut. Sebaliknya jika harga nilaian adalah lebih rendah, Khalid bagi pihak kerajaan Selangor menghalalkan kepada pemegang konsesi sekarang.

Terima kasih Khalid kerana bersedia membantu Najib untuk sailang Anwar, sebelum beliau menjadi MB.

3 comments:

Anonymous said...

RAKYAT SELANGOR KENA KENCING LAGI..........!
DULU TAK AK SIGN.....DAH KENA NARU TAHU.ITULAH KEPENTINAN POLITIK DIDULUKAN.....
KENCING KENCING KENCINLAGI.

Anonymous said...

Kalau diikutkan kata-kata pencacai fuckatan, setelah tandatangan diturunkan, maknanya pihak SYABAS secara tak langsung dah takde kerja untuk bekalkan air pada negeri Selangor dah... bagus jugak begitu, kita tengok Khalid pulak buat kerja angkut air buat rakyat Selangor pulak...

anti-LGBT said...

RAkyat Selangor ni majoritinya dan termakan nasi kankang PR. Apa yang PR buat tu semua betul. Dah lah termakan nasi kankang PR, ada yang kena sontot kao-kao oleh BAng Non dan suku-sakat dia. Jadi pada yang minoriti yang sokong BN tu - sabor aja lah. Banyakan berdoa supaya geng majoriti tersedaq makan nasi kankang dan balik ke pangkal jalan....