Tuesday, February 25, 2014
Khalid Ibrahim Gagal Kenakan Syabas, Selepas Berjaya Kenakan PKNS
Nampaknya Syabas (pemegang konsesi air Selangor) bertindak bijak setelah melihat permainan MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengenakan PKNS dalam isu pengguguran Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah perbadanan kemajuan ekonomi negeri berkenaan.
Dalam isu berkenaan, Khalid lepas tangan dengan mengatakan bukan beliau yang menggugurkan Azmin, sebaliknya ia dilakukan oleh Pengurus Besar PKNS.
Melihat kepada krisis air Selangor yang berpunca dari musim kemarau, Syabas bagai sengaja 'buat keras' dengan tidak membuat sebarang tindakan catuan, meskipun mempunyai kuasa membuat permohonan kepada SPAN dibawah Seksyen 54, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Tanpa sebarang tindakan oleh Syabas ini, tentunya untuk mengelakkan dari dijadikan kambing hitam oleh PR, apatah lagi DS Anwar Ibrahim yang begitu kemaruk hendak menjadi Adun Kajang. Sebarang cadangan mahu pun permohonan catuan air oleh Syabas kepada SPAN, bermakna nasib mereka akan menjadi seperti PKNS. Khalid akan sambil tersenyum mengatakan bukan beliau yang arahkan catuan, tetapi Syabas
Di pentas ceramahnya Anwar menghamburkan kata-kata,"Siapa punya air? Syabas. Syabas siapa? Syarikat swasta. Syabas siapa punya? UMNO punya", sementara DAP pula menyoal Syabas, "Tropical rain-forest country, why no water?", yang bertujuan secara totalnya masalah ini harus dipikul oleh Syabas, tanpa melibatkan kerajaan negeri.
Sikap 'buat keras' Syabas telah melemahkan Khalid, yang akhirnya mengaku bahawa paras air di semua empangan adalah kritikal dan membimbangkan.
Semalam Khalid mengumumkan catuan air yang bertujuan mengelakkan Selangor kehabisan sumber air sebelum akhir bulan Mac, pengurangan berperingkat terhadap bekalan air bermula dari 7%, 10%, 15% dan sehingga kepada 20%.
Kelam kabut juga Khalid berdepan krisis ini, apatah pula disaat Anwar berkempen untuk menjadi Adun Kajang dan hari pengundian akan berlangsung pada 23 Mac depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Tanam lagi berjuta-juta ekar kelapa sawit!!!dah tau tumbuhan ini menyedut air!!!Selama ini ada juga kemarau tapi tak seteruk ini tak de air!!!
bukan sebab kelapa sawit lah sbb kat selangor banyak rumah urut dan hotel murah, ni lah tempat yang banyak guna air selepas penat beraktiviti ha ha ha
Kerajaan PR selepas menang 2008 cakap tanpa projek Langat 2 Selangor tidak akan ada masalah air sehingga 2019. Itu pasal sampai PRU13 dan sampai akhir 2013 Kerajaan Negeri Selangor tak berganjak nak setuju dengan pelaksanaan LAngat 2. Maklumlah, projek ni besar bernilai billion RM. Jadi kalau PR dapat tangkap projek ini, gang2 dan penyamun tarbus dalam PR akan kaya raya. Nah, sekarang baru 2014 dah kena catu air. Anjing2 PKR dan PR seperti biasa SALAH kan orang lain....Syabas, UMNO. Ini lah perangai keji dan jijik PR. Terima lah penduduk yang pilih kaum pendusta.
Mat yg kat atas tdi betul2 bengong dan bahlol. Kt perlis dgn keluasan tanaman sawit 58 hektar, kecil sgt2 pn air kt empangan kritikal gk. Akal ade ke. Tu le psl...x cerdik. Kelapa sawit xde kena mengena dgn krisis air skrg ni. Kat sabah ladang kelapa sawit 186,000 hektar (kedua terbesar di malaysia) ade masalah air x? Kt johor dgn keluasan tanaman sawit, 188,000 hektar merupakan negeri dgn tanaman sawit paling besar, ade masalah air x? Akal ade ke. Kena faham permintaan dan pembekalan (demand and supply) . Industri kt selangor paling pesat. Pertumbuhan penduduk kt selangor dan wilayah paling pesat. Penggunaan air tentu akan naik. Xkn statik je. Pembekalan air banyak tu juga. Nk cari kt lombong.....abis kalau lombong kering gak cmne sbbkan cuaca...penyejatan. Air dari sungai pahang begitu banyak. Tu yg buat projek pindah sebhg kecil air ke selangor. Sumber kat selangor dh x dapat tampung permintaan yg makin meningkat. Ada paham ka. Oohhh...maaf lupa....penyokong2 PR dungu utk nk faham. Maklum lah kurang cerdik.
Nasiblah aku org Selangor terima bencana kerana punyai Pemimpin 'dungu' akhir zaman, dalam soal mentadbir sebuah Negeri...(bukan dungu otak, sebab beliau pun ada ijazah juga kan).....
Kepada si dungu 1:36 PM: kalau hutan telah ditarah, mana water shade yang ada lagi sebagai sumber air? ada pahaaaaaam?
Itulah akibatnya bila majoriti menyokong Parti yang ingin menjahanamkan Islam dan penyokong tegar LGBT dan liberalisma sebagai pemerintah Selangor. Sekarang ni semua kena. Azab yang Allah swt turunkan ni dah mula....tulah sebabnya kita kena berhati2 dalam memilih pemerintah.
air lombong kan ada. Kelapa sawit tak boleh ditanam dikawasan tanah lombong, jadi proses la air lombong macam yang Khalid Gagap ni pernah katakan dulu. Tak perlu sangat loji rawatan Langat 2, nak sangat proses air lombong.. ha, mane dia bukti air lombong dah diproses tu??? Bodoh punye MB...!!!!
Post a Comment