Monday, February 24, 2014

Anwar Bayangkan Dicekik Khalid Ibrahim Dengan Catuan Air Sepanjang Kempen PRK Kajang

"Siapa punya air? Syabas. Syabas siapa? Syarikat swasta. Syabas siapa punya? UMNO punya," - Anwar Ibrahim

Itulah perkataan yang dijeritkan oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat di Kajang, sebagai alasan kegagalan penyelesaian isu air Selangor selama 6 tahun.

Moga rakyat Kajang tidak menelan bulat-bulat temberang Anwar, walhal kerajaan pusat telah memohon jasa baik kerajaan PR Selangor supaya mengeluarkan 'development order' untuk Projek Empangan Langat 2, tetapi tidak diendahkan.


Busuk hatinya PR terhadap projek tersebut, kerana sangkaan buruk kononnya projek tersebut adalah untuk kroni UMNO.

Kalau benar Syabas (syarikat konsesi air Selangor) milik UMNO, kenapa pula pengumuman catuan air air yang berkuat kuasa esok di umumkan oleh MB Khalid Ibrahim?

Jadi rakyat Kajang kena faham bahawa catuan air bukan sabotaj dari UMNO, tetapi atas perintah Khalid selaku MB Selangor.

Mungkinkah ini sabotaj Khalid terhadap Anwar?

4 comments:

Anonymous said...

rakyat selangor dapat air percuma arahan dari kerajaan PR.MBnya dari PKR.CATUAN AIR SERUPA JUGA!FIKIRKAN SIAPA SEBENARNYA BERCAKAP BOHONG!

Anonymous said...

Inilah mainan kotor cina2 DAP. Kerana SYABAS adalah syarikat kepunyaan orang melayu. Mereka yg dalam PAS & melayu PKR tak peduli bangsa sendiri.

Anonymous said...

Syabas UMNO punye, tapi dua ekor lembaga pengarah lantikan kerajaan negeri Selangor dalam SYABAS makan gaji buta dok goyang kaki dalam mesyuarat... kah kah kah kah kah... mesti dua ekor lembaga pengarah tu dah masuk UMNO jugak... muahahahahaha

Anonymous said...

AlJuburi & Co biasalah kalu bab main2 tikam belakang...!