Thursday, February 27, 2014
Sempatkah Anwar Ciluk Perjanjian Yang Ditandatangani Khalid?
MB Selangor telah pun menurunkan tandatangan dalam MOU bagi pihak kerajaan Selangor berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor dengan kerajaan persekutuan pada 26 Februari 2014.
Dengan termeterinya MOU berkenaan, ia secara langsung mencalarkan imej PR Selangor yang semenjak awal lagi menunjukkan penolakan terhadap Projek Empangan Langat 2. Pelbagai kaedah penentangan dianjurkan oleh PR Selangor, termasuk melalui himpunan, kempen dan sesi penerangan kepada rakyat Selangor untuk bersama mereka dalam menolak projek berkenaan.
Menariknya berkenaan dengan MOU ini ialah secara rasminya kerajaan negeri memberi kebenaran untuk merancang untuk projek tersebut, yang pada dasarnya kertas cadangan telah pun sedia ada disiapkan, dan development order akan diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MOU ditandatangani.
Ini bermaksud bahawa aku janji dari Khalid yang mewakili kerajaan Selangor itu, akan membolehkan kerajaan persekutuan memulakan projek berkenaan sebelum 26 Mac 2014.
Mengambil kira tarikh PRK Kajang pada 23 Mac 2014, dimana Anwar Ibrahim akan bertanding, adalah sukar baginya untuk membatalkan projek berkenaan, andainya ada tekanan dikalangan pemimpin-pemimpin PR.
Jika pun benar andaian Anwar menang PRK berkenaan dan dipersetujui pula untuk mengambilalih jawatan MB Selangor dari Khalid, tentunya banyak pula proses yang perlu dilalui dalam mengekang tarikh akhir kuatkuasa pada 26 Mac.
Dari segi persediaan psikologi Anwar dalam menghadapi PRK Kajang pasti terjejas dengan tindakan Khalid ini. Anwar juga tentunya dalam keadaan terpaksa mengawal emosi untuk mengurangkan kemarahan terhadap isu-isu dalam kerajaan PR rakyat Selangor, demi mengelakkan hilang fokus menyerang kerajaan BN di peringkat persekutuan.
Khalid pula jelas sengaja bikin panas apabila dengan penegasan bahawa sekiranya badan timbang tara antarabangsa yang dilantik menilaikan harga tawaran adalah lebih tinggi (terhadap tawaran pengambilalihan konsesi air dari pememegang konsesi Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH dan Syabas), kerajaan Selangor bersedia membayar mengikut harga nilaian tersebut. Sebaliknya jika harga nilaian adalah lebih rendah, kerajaan Selangor (melalui KDEB) tetap membayar pada harga RM9.65 Bilion seperti yang dipersetujui.
Umpama dipintas diselekoh terakhir oleh Khalid, Anwar kini dalam keadaan amat sukar untuk menciluk disaat persaingan menuju garisan penamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment