Wednesday, December 4, 2013

Pembongkaran Rahsia Tabung Amanah Bencana Alam Khalid Ibrahim


Sekali pandang, begitu muluk dan molek penubuhan Tabung Amanah Bencana Alam Selangor, malah ditubuhkan secara sah melalui enakmen yang diluluskan oleh DUN.

Akan tetapi, apabila menyemak keseluruhan enakmen berkenaan tidak terdapat pun klausa yang menyebut kegunaan tabung ini adalah untuk membantu dan menyelenggara jika berlaku bencana alam di Selangor. Sebaliknya penggunaan tunggal tabung amanah ini ialah seperti disebut dalam Seksyen 5,
Selepas tahun 2016, Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan apa-apa amaun dari Kumpulan Wang sebagaimana ia fikirkan wajar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.
Penggunaan tunggal ini yang tidak dikuatkan lagi oleh Seksyen 6,
Tertakluk kepada seksyen 5, wang dalam Kumpulan Wang tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara,
Tabung Amanah Bencana Alam juga merupakan salah satu kumpulan wang di bawah Pelbagai Kumpulan Wang. Tabung ini diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam 2011 bertujuan membolehkan Kerajaan Negeri mengasingkan sebahagian wang perolehan, keuntungan dan lebihan yang ada untuk digunakan dan dinikmati oleh generasi akan datang khususnya perkara yang melibatkan bencana alam. Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta setahun bagi tempoh 5 tahun mulai tahun 2011.
Selepas 2 tahun penubuhan penyata adalah seperti jadual berikut,


Dari jadual di atas, kita dapat melihat sejumlah RM4.79 juta telah dilaburkan untuk pelaburan unit saham amanah. Oleh kerana sumber tabung amanah ini adalah dari sumber wang awam, seharusnya ia tidak dilaburkan pada pelaburan yang berisiko.

Hal ini menampakkan kepada kita bahawa penubuhan tabung amanah ini adalah permainan licik Khalid Ibrahim untuk memindahkan wang awam kepada suatu tabung yang membolehkan kerajaan negeri mengelak dari prosedur kewangan dan seterus melabur pada pelaburan yang berisiko.

Silap percaturan, Tabung Amanah Bencana Alam ini kemungkinan akan menjadi membawa 'bencana kewangan' kepada negeri Selangor.

2 comments:

jebat said...


Itu sebabnya Ahli DUN sepatutnya punya pengetahan asas mengenai akaun. Jadi tidaklah jadi mangsa 'pengesahan' perkara aneh macam tu.

Anonymous said...

Semak btol2 bang.. ssh kalau main cakap je.. kadang2 nk bg statement licik x licik ni kalau x btol dpt dosa je..