Friday, December 6, 2013

Khalid Ibrahim Naik Angin Dengan Teguran Ketua Audit Negara - "Jaga Perjalananan Wang, Jangan Pertikai Mutu Jalan Raya"


Sakit betul hati MB Selangor TS Khalid Ibrahim apabila ditegur oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan KAN 2012 berkenaan mutu penyelenggaraan jalan raya di Selangor.

Khalid mempertikaikan teguran berkenaan kerana merasakan ia diluar tanggungjawab audit. Dalam kenyataan media yang disiar oleh Selangor Kini;
Berhubung teguran Audit Negara berkenaan kelewatan membelanjakan wang MARRIS tersebut, Menteri Besar berpandangan sepatutnya Audit Negara menumpukan fokus kepada tatacara penggunaan wang yang disalurkan;  samada mengikut ketetapan dan garis panduan kewangan yang betul bukannya isu wang tersebut dibelanjakan sepenuhnya.
Menteri Besar juga berasa agak musykil dengan pendedahan Audit bahawa menurut tinjauan Audit Negara rakyat dikatakan tidak berpuashati terhadap mutu jalan raya Selangor kerana Menteri Besar berpandangan penyataan tersebut menunjukkan jabatan  telah lari dari tugas dan matlamat sebenar yakni memastikan wang dibelanjakan dengan tertib dan mengikut garis panduan yang ditentukan Perbendaharaan.
Khalid juga sepatutnya mengaku tentang penemuan audit apabila mendapati peruntukan penyelenggaraan jalan raya telah digunakan untuk kerja-kerja pembersihan PBT (RM67.42 juta) dan kerja membaik pulih UNISEL (RM5.15 juta). Jika tidak kerana teguran Ketua Audit Negara, rasanya Khalid tidak membuat pelarasan untuk memulangkan RM ke akaun amanah berkenaan.

Malang sekali apabila seorang ketua eksekutif negeri mempertikaikan kuasa jabatan audit. Barangkali ini puncanya Khalid tersingkir sebagai CEO Guthrie, gara-gara gagal menghormati laporan audit.

2 comments:

Anonymous said...

dah kena jangkitan virus..aku saja yg 'maksum'.

jebat said...

Cakap jerr,

Kena penampar NO, baru padan mua.

NO badan gempal tangan nya besar penampanra setengah Ton metrik.

Kalau kena yang kiri ke Hospital, jawab nya

Kalau kena yg. kanan, jumpa Malaikat Izrael !!