Sunday, April 21, 2013

Tic Toc Tic Toc....... Esok 22 April, Jadikah Mat Taib Masuk PAS?


Bila bekas MB Selangor TS Muhamad Hj Muhd Taib tiba-tiba senyap selepas tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO pada PAU 2009, saya menelah bahawa beliau akan bersara dari politik. Tambahan pula, semenjak dari itu beliau telah menyerah tugasannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya kepada Timbalannya Dato' Yahya Bujang.

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau merupakan pioneer kepada kaedah pemilihan MB Selangor yang tidak berasaskan seniority yang kemudiannya dituruti pula oleh Dr Mohd Khir Toyo, selepas perletakan TS Abu Hasan Omar.

Samada Muhamad bersetuju atau tidak, melalui perlantikannya sebagai MB Selangor diatas tiket UMNOlah maka beliau dikenali samada dalam UMNO mahupun dalam arena politik negara secara keseluruhan.

Setelah sekian lama menyepi dan tenggelam dari sebutan arena politik negara, media pro PAS dan pembangkang tiba-tiba cuba mengangkat semula nama Muhammad. Dihebahkan bahawa telah ada pertemuan peribadi antara Muhammad dengan tokoh PAS Dato' Dr Harun Din.

Bukan itu sahaja, malah telah dihebahkan Muhamad akan diumumkan akan menyertai PAS secara rasmi sebagai ahli PAS pada 22 April 2013, tanpa menyatakan pula masa dan tempat pengumuman.

Tidak dapat dipastikan samada penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS adalah bermotif mendekatkan kepada Islam atau pun mempunyai muslihat politik.

Kalau hendak dikatakan sebagai mendekatkan kepada Islam, PAS sendiri kini mempunyai pemimpin-pemimpin tertinggi yang tidak bebas dari skandal. Contohnya Mohamad Sabu dan Dato' Mustafa Ali. Kedua-dua mereka menjadi bahan perbualan sebagai tidak bebas skandal.

Atau ia sekadar percubaan untuk 'mencakar' TS Muhyiddin Yassin serta DS Najib Razak sekali?

Jika benar terjadi penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS melalui Harun Din, sesungguhnya itu tidak memeranjatkan. Cuma apakah penyertaan Muhamad benar-benar akan berlaku esok?

Muhamad dan Harun punya hubungan intim sejak sekian lama, cuma tidak disedari oleh banyak pihak.

Baca tentang pendedahan hubungan Muhamad dan Harun di SINI.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau sekedar insaf dan nak dekat diri pada Allah swt TAK PAYAHlah nak masuk PAS PUSS PISS dan jadi Ahli sampai mati.

Munajat bangun malam, mahasabah diri minta ampun direct pada Allah swt. Kita bukan agama Christian ada padri yang boleh ampunkan dosa kita.

Kalau nak masuk PAS PUSS PISS masuk je lah, tak payahlah bagi alasan kaitan Agama.

SIKIT pun tak rugi sesiapa UMNO reject yang nak masuk PAS PUSS PISS. Lambakkan REJECT REJECT berkumpul dalam PAS PUSS PISS kalau dulu dalam PKR.

Ha ha ha..nampak sangat kebulur PAS PUSS PISS dan PKR.

Anonymous said...

kalau masuk PAS untuk masuk syurga nik aziz pergi jer lah..umno tak heran pun ko pergi masuk sebab ramai lagi orang berpengaruh telah masuk umno dan menyokong umno,mat taib jenis MELAYU MUDAH LUPA..kalau pas nak mat taib ambil la utk jadi liabiliti parti pas

Anonymous said...

silakan pas,amiklah mat tyson nih,n ajes jgn lupa ampunkan dosa dia

hangkedee said...

Calon menopause...3 seringgit hanya cheap sale di lorong sempit

Papagege said...

Bagus juga masuk PAS, senang nak siku kehkeh

Anonymous said...

PAS skrg jd tempat calon buangan, artis yg expired. Mereka bkn dekat diri dgn Tuhan pun tp jd perosak agama. klu nk berubah, tkperlu join PAS, pintu2 masjid diseluruh negara amat banyak dn luas, dekati diri dgn majlis ilmu, akan dekatlah diri dgn Allah, keinsafan yg diberkati dan berjaya.. buakn campak diri ke alam BINASA dgn join parti sesat...

nasihat ORANG LAMA..

wallahualam.