Monday, January 31, 2011

MCLM Bakal Menyumbang Kejatuhan Kerajaan BN?

Mungkin terlalu ideal bagi Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (Malaysian Civil Liberties Movement - MCLM) bagi meletakkan calon-calonnya yang bebas dari sebarang ikatan parti politik dan bagi MCLM calon yang diketengahnya mempunyai agenda pembaharuan dan berintegriti.

Dengan satu iltizam akan menjadi grup penentu dalam pembentukan kerajaan pada PRU13, MCLM berharap untuk menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan melalui kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Pilihan untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat oleh MLCM adalah kerana mereka melihat Pakatan lebih cenderung kepada pro-pembaharuan berbanding dengan Barisan Nasional.

Haris Ibrahim melalui wawancara dengan The Star, antara lain menyatakan:-
If you do have 30 in parliament that is a number that cannot be ignored. But if we took 30 and Pakatan is able to able to muster 90 seats, they still don’t have enough seats to form a government on their own. But a coaliton between Pakatan and MCLM gives you 120 seats and a majority in parliament. You may need to take 30 people of integrity on board to form a government. So you can’t say 30 is insignificant and not have any clout. 30 in that case become critical.
Wah, begitu mudah perkiraan yang dibuat oleh Haris Ibrahim! Persoalannya, di kawasan parlimen mana MCLM akan bertanding? Saya tidak nampak ruang untuk MCLM, melainkan ia memerlukan ihsan dari rakan-rakan kongsi Pakatan Rakyat untuk memberi peluang kepada calon-calonnya untuk bertanding. Satu lagi persoalan timbul, apakah Pakatan akan merelakan?

Kalau begitu mudah congakan Haris, barangkali dengan mudah juga Barisan Nasional bakal tumbang PRU13.

Seperkara lagi, konsep integriti yang dikemukakan oleh Haris Ibrahim terlalu sempit skopnya hinggakan gay, kaki perempuan dan kaki botol pun boleh menjadi calon!

1 comment:

akmal said...

Memang hebat bin Ibrahim. Di antaranya ialah: Anwar Ibrahim. Khalid Ibrahim. sekarang muncul pula Haris Ibrahim.