Tuesday, January 8, 2013

Bekas Anggota Komplot Bunuh Tun Dr Mahathir Sifatkan Pemimpin-Pemimpin PAS Lebih Zalim Dari UMNO


Veteran Jihad Afghanistan, C.N Al-Afghani yang lebih dikenali sebagai Cikgu Non menyifatkan  dalam konteks tragedi Memali, ulamak-ulamak PAS lebih zalim dari Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, Cikgu Non pernah berkomplot untuk membunuh Dr Mahathir (Baca SINI). Namun setelah sekian lama berlalu, beliau mengubah pendirian terhadap negarawan ulung Malaysia tersebut.

Peringatan Kepada Rakyat Kelantan - Kereta Ini Adalah Milik Penyamun Tanah Kelantan & Bukan Milik Pejuang Rakyat


Semalam blog The Unspinners mendedahkan perihal kereta dimiliki pemimpin gerakan menuntut royalti minyak untuk rakyat Kelantan telah disimbah dengan cat merah.

Bagi The Unspinners berkenaan, ini adalah percubaan untuk menarik perhatian umum dan satu dari tricks untuk mengenakan UMNO.

Dari semakan blog berkenaan, Kereta WQQ 7537 itu adalah kepunyaan Nazri Deraman yang merupakan Presiden Royalti Minyak. Didaftar bawah nama Noble Residence Sdn Bhd dan merupakan kenderaan syarikat yang beralamat di Suite 12A 03-05 Level 12A Plaza Permata, Jalan Tun Razak 55400 Kuala Lumpur. [Baca SINI]

Tidak dapat dipastikan samada Nazri adalah anggota pengurusan Noble Residence atau sekadar penggunaan kenderaan tersebut oleh Nazri adalah sebagai penajaan untuk membuat huru-hara.

Saya telah membuat semakan keatas Noble Residence dan memeranjatkan apabila syarikat tersebut menerima habuan ratusan ekar tanah di Kelantan. Antaranya adalah tanah-tanah dibawah Perbadanan Bandar Baru Tunjong. [Semak SINI]

Berikut adalah keratan yang dipetik dari laman web PBBT.

 

Bukan itu sahaja, Noble Residence turut memiliki sebidang tanah 13 ekar dan telah mengadakan JV dengan Naim Indah Corporation Berhad (dulu dikenali sebagai Arus Murni). JV antara Noble dan Naim Indah dikesan di SINI.

Suatu ketika dulu Naim Indah (Arus Murni) pernah menjadi kontroversi oleh skandal dan ia boleh dirujuk di SINI. Dari semakan, Naim Indah punya kawasan balak di Gua Musang.

Seperkara yang boleh dikaitkan, alamat pendaftaran kenderaan yang digunakan oleh Nazri kelihatan sama dengan alamat berdaftar Naim Indah. Apakah ini bermakna Naim Indah turut terbabit? Lihat screen capture yang diambil dari laman web Naim Indah.


Jika ini berlaku, maka sia-sialah tuntutan terhadap royalti minyak oleh rakyat Kelantan. Jerung-jerung telah menunggu untuk menunggu habuan, andai tuntutan kumpulan ini berjaya.

Kesian bila melihat lebai-lebai kain pelikat turut berdemo, yang jelas jadi kuda tunggangan oleh pihak-pihak berkepentingan dan ingin mengaut keuntungan.

Monday, January 7, 2013

Nga Kor Ming Naik Angin Tak Ngaku Anak Saudara Chin Peng - Syorkan Blogger Dapatkan Rawatan & Dimasukkan Ke Tanjung Rambutan


Nga Kor Ming naik angin.

Dalam reaksinya kepada soalan portal The Mole yang ingin mendapatkan pengesahan samada beliau mempunyai pertalian dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, Nga berkata "Mengarut! Saya syorkan blogger yang menulis demikian supaya mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke Tanjung Rambutan."

Tidak dapat dipastikan disebalik ajuan pertanyaan portal berkenaan kepada pemimpin DAP Perak yang sedang berdepan dengan kontroversi pemilikan lebih 4,000 hektar tanah di Kelantan itu.

Mungkin didorong oleh tekanan apabilah berita tersebutkan diperkatakan di media, lantas Nga amat sensitif dan mudah melenting.

Baca laporan selanjutnya di The Mole.

Salah Guna Kuasa Timbalan Exco Agama Selangor - Alihkan 5 Pembangunan Sekolah Rendah Agama Ke Kawasannya


Adun PAS Bangi Dr Shafie Abu Bakar pun boleh dianggap seorang yang bijak dalam bab putar belit.

Dalam kenyataannya di Media Selangorku, beliau cuba putar belit dengan angka. Baca kenyataannya di bawah.
Seperkara yang Shafie tidak bercakap ikut fakta, Bandar Baru Bangi yang jadi pemangkin kemajuan kawasan DUNnya, hanya wujud tidak sampai 40 tahun. Sebelum ini, ia hanyalah West Country Estate, yang ladang luas mata memandang tanpa penghuni.

Seperkara lagi, untuk daerah-daerah yang maju seperti Petaling, Klang dan Hulu Langat sendiri (yang Bangi termasuk dalam daerah tersebut), sememangnya kurang SRA. Sebagai alternatif KAFA Integrasi (Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan oleh kariah) dan sekolah-sekolah agama swasta menawarkan perkhidmatan.

Bagi saya, Shafie telah menyalah guna kuasa sebagai Timbalan Exco Agama Selangor. Beliau banyak mengalihkan pembangunan sekolah hanya tertumpu di kawasannya. Mana keadilan beliau?

Seperkara yang rakyat Selangor perlu tahu, dari keseluruhan peruntukan tahunan JAIS, 70% adalah diperuntukkan kepada Unit Pendidikan JAIS. Sementara dari keseluruhan peruntukan Unit Pendidikan, 70% disalurkan untuk pendidikan rendah.

Dalam pada itu, SRA dan KAFA Integrasi adalah berbeza dari segi operasi, kerana KAFA lebih independent dalam hal pengurusan. Meskipun tidak mendapat peruntukan JAIS dari segi pembangunan, namun pihak lain seperti Kementerian Pelajaran, MAIS, badan korporat/perniagaan dan individu turut membantu dari segi tersebut.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal JAIS, pemikiran Shafie masih sempit dan berfikiran lama. Dengan mengambil contoh pendekatan yang dibuat oleh Kelantan, tidak sepatutnya Shafie menumpukan pendidikan rendah. Di Kelantan, mereka tidak memberi tumpuan kepada pendidikan rendah agama. Sebaliknya, Kelantan lebih menumpukan kepada pendidikan menengah agama. 

Hakikatnya, itulah kekurangan yang berlaku di Selangor iaitu tidak cukup SMA untuk menampung permintaan yang tinggi terhadap sekolah tersebut. SRA tidak sepatutnya dibina lagi, kerana tugasan tersebut boleh diambil oleh KAFA dan swasta.

Jadi, kenapa bazirkan wang membina SRA yang sepatutnya membina SMA?

Dalam Masa Sehari, RM4,000 Melayang Dari Poket Husam


Hanya dalam masa 1 hari, Naib Presiden PAS Husam Musa telah kerugian RM4,000.

Kerugian pertama, berpunca apabilan Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi berjaya mengenepikan sapina Husam yang memanggilnya untuk menjadi saksi dalam kes sivil tuntutan gantirugi fitnah RM 5 juta Husam terhadap Wan Mohd Azri Wan Deris dan Mohamad Salim Iskandar, yang didakwa oleh Husam sebagai blogger Papa Gomo dan Parpu Kari.

Menurut laporan Harakah Daily, Husam sebagai plaintif telah diarahkan membayar RM2,000 kepada Zahid.

Sejumlah RM2,000 lagi terpaksa dikeluarkan dari poket Husam, apabila beliau menarik balik saman terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan.


Banyak duit Husam. Dalam masa sehari, beliau berbelanja menyamai gaji 2 bulan seorang kakitangan awam di Kelantan.

Sunday, January 6, 2013

Majlis Ceramah PAS Di KTC Tertangguh - Mereka Pakat Pasang Layar Besar Tayang Piala Sumbangsih Kelantan Vs ATM


Khabarnya Majlis Ceramah PAS " Gadai Tanah: Menjawab Fitnah Umno" yang berlansung di Kelantan Trade Centre (KTC) semalam, telah menjadi medan menonton pertandingan Piala Sumbangsih 2013 diantara Kelantan dengan ATM.

Oleh kerana perlawanan berlanjutan hingga ke tendangan penalti, bermakna majlis ceramah hanya bermula selepas jam 11 malam.

Cukupkah masa untuk menerangkan kepada rakyat?

Harakah dalam laporannya menyifatkan akhbar UMNO mengutip apa sahaja di atas jalan, dalam merujuk kepada pendedahan Pisau.Net.

Namun walau pun begitu, bila memanggil sessi menjawab di KTC menunjukkan betapa kelam kabutnya PAS terhadap perkara dibangkitkan.

Walaupun Harakah memperkecilkan pendedahan Pisau.Net, namun pada saya ia telah mendedahkan sesuatu. Dari pendedahan yang dikutip di atas jalan itulah, maka saya telah memperolehi maklumat ada sesuatu yang tidak kena dengan transaksi YIK - Upayapadu. [Baca SINI].

Seperkara lagi, saya melihat betapa tidak cerdiknya Nik Aziz bila ditipu oleh pemilik Upayapadu. [Baca SINI].

PAS Kelantan kelihatan degil dan bagai tidak serik dengan transaksi sebelum ini. Apa kriteria mereka memilih pemilik Upayapadu yang baru iaitu Ngeh & Nga, hingga mereka sanggup meneruskan pajakan kepada syarikat berkenaan? Walhal mereka tahu Ngeh & Nga tidak punya pengalaman dalam industri pembalakan mahupun perladangan.

Mungkin kesanggupan Ngeh & Nga membayar RM1.5 juta menjadikan mereka terbeliak mata untuk meneruskan pajakan, yang mana telah gagal sebanyak 2 kali. Maka tunggulah kegagalan buat kali ke 3.

Menjejak Misteri Kemalangan Maut Jurufoto Peribadi Anwar Ibrahim - Apakah Foto-Foto Ini Menjadi Punca?


Di atas dan 2 lagi di bawah adalah sebahagian dari koleksi foto-foto yang sempat dirakam dan diabadikan oleh Allahyarham Mohd Salman Nasaruddin, jurufoto peribadi Anwar Ibrahim.

Beliau telah meninggal dunia dalam satu kemalangan langgar lari di hadapan rumahnya, hanya beberapa hari sebelum PRU12.

Dalam nota peribadi terhadap foto di atas, Salman menulis "Don't let USA rule Malaysia".


Sementara foto di atas pula, Salman meninggal nota untuk tatapan kita "Anwar Ibrahim Club (AIC) dengan Kerjasama Blog Bus dan Friedrich Naumann Foundation".

Friedrich Naumann Foundation (FNF) adalah yayasan Jerman yang ditubuhkan untuk mempromosi politik liberal. Baca artikel The Unspinners  yang mendedahkan hubungan FNF  dengan PKR dan Anwar Ibrahim.


Lebih menyayat hati, Salman seolah-olah tahu akan mengalami nasib seperti kucing ini. Beliau memberikan tajuk foto ini sebagai 'Dead Cat', sementara dalam nota yang ditinggalkannya, beliau menulis "Dead cat found on the road".

Anda boleh melihatkan 38 keping foto yang ditinggalkan oleh Salman di SINI.

Gambar yang paling atas, jelas membuktikan ketegasan pendirian Salman, bahawa beliau tidak mahu 'Malaysia mengikut telunjuk Amerika'.

Mungkinkah telah berlaku pertelingkahan pendapat diantara Salman dengan teman-temannya sehingga membawa kepada kemalangan maut kepada Salman?

Baca cerita awal mengenai misteri kematian Salman di SINI.