
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah sepatutnya telah arif dengan sensitiviti masyarakat di Jalan Kebun. Hampir 4 tahun beliau menjadi AP di situ, sepatutnya beliau terlebih maklum dengan persekitaran di Jalan Kebun.
Oleh kerana semenjak Sabtu lalu yang lalu saya berada di utara Semenanjung, saya kurang mengikuti perkembangan politik di blog, melainkan hanya sekali lalu sahaja (apabila punya ruang).
Sebenarnya silap besar membawa orang bukan Melayu untuk berucap menghina pemimpin Melayu. Samada Che Bard, Haris Ibrahim mahu pun Mat Sabu boleh hina Najib dan Muhyiddin di Jalan Kebun, tapi bukan oleh pemimpin bukan Melayu.
Malah jika Presiden MIC G. Palinivel sekalipun yang berucap menghina Nik Aziz dan Hadi Awang di Jalan Kebun, beliau akan menerima padah yang sama. Hal ini semua pihak harus perlu maklum.
Bagi saya, kalau dah nama tajuk program pun "Asal Bukan UMNO", tidak dapat tidak pasti akan keluar ayat-ayat penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu. Jadi membawa pemimpin Hindraf adalah satu kesilapan besar.
Dalam bahasa mudahnya, Anwar Ibrahim dan Hadi Awang boleh datang berucap untuk hina sesiapa pemimpin Melayu tetapi bukan Lim Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua.
Itulah uniknya Jalan Kebun.