Monday, November 4, 2013

Tak Berbaloi Anwar Bantu PAS Di Sungai Limau - PKR Hilang Kerusi di Kadamaian, Sabah


Kegembiraan DS Anwar Ibrahim menyambut kemenangan PAS di PRK Sungai Limau terencat, apabila Adun PKR Kadamaian Jeremmy Malajad mengumumkan dirinya sebagai Adun Bebas mesra BN, siang tadi.

Bukan itu sahaja, kini desas-desus tersebar luas mengatakan bahawa Adun PKR Matunggong Jelani Hamdan akan menurui jejak Jeremmy.

Dalam pada itu Naib Presiden Tian Chua dalam kenyataannya kepada Malay Mail memberiyahu, kedua-dua Adun berkenaan akan diberikan surat tunjuk sebab.

Pada pendapat blog Akar Umbi, tidak perlulah surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada kedua-dua Adun berkenaan. Sebaliknya, lebih elok kalau diberikan surat pemecatan.

2 comments:

Anonymous said...

hahaha... padan muka... Pas berjaya mengekalkan kerusi... PKR pula hilang satu kerusi... BN rugi ke???

Anonymous said...

Orang Sabah dah tolak PKR tetapi orang Sg. Limau yang masih bodoh menyokong PKR dengan mengundi PAS.