Sunday, November 3, 2013

Pendedahan Risalah Yang Dikhususkan Untuk Ahli PAS Sahaja


Berikut adalah risalah dengan tajuk "Untuk Ahli PAS Sahaja - Tahaluf Siyasi" yang dipetik dari Tranungkite
Oleh: abu_zaim

"Dalam mendepani arus semasa dengan misi menawan Malaysia bervisikan redha Allah semata-mata, PAS membuktikan kemajuannya berpolitik dengan ijtihad kolektif yang moden. Tahaluf siyasi merupakan satu istilah dan strategi yang dirintiskan oleh sebuah gerakan Islam di dunia yang paling berpengalaman dalam medan politik, iaitu PAS.  Justeru terdapat beberapa etika tahaluf siyasi yang wajib difahami oleh pendukung-pendukung PAS sebagai sebuah gerakan Islam arus perdana di Malaysia supaya tidak hilang fokus sebagai parti yang melestarikan Islam.

Berikut enam garis panduan yang wajib difahami berkenaan tahaluf: 
1) Tahaluf mestilah dijadikan sebagai platform untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan umat Islam dan membuka ruang untuk melaksanakan Islam. 
2) Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan. 
3) Intima' wajib diberikan kepada pucuk pimpinan PAS, bukan kepada Pakatan Tahaluf. 
4) Tahaluf wajiblah dijadikan ruang dan medan untuk menyampaikan da'wah. 
5) Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak. 
6) Majlis Syura Ulama' mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepentingan dan ancaman syara' dari masa ke semasa.
_____________________________________
Realiti orang Pas sekarang 
- Pertikaikan ulama: "ok" 
- Pertikaikan autoriti majlis syura ulama: "ok" 
- Pertikaikan tuntutan pelaksanaan Islam: "ok" 
- Pertikai ketuanan Islam: "ok" 
"Apa masalah, kitakan demokrasi terpimpin? bebas bersuara dan berpandangan" 
p/s: Teringat buku 'Menuju PAS Baru' yang banyak mencarik dasar PAS dengan isu-isu di atas.  
Sebaliknya jika: 
- Kritik Anwar: "ni musuh kita nih" 
- Kritik PR: "ni sah termakan umpan UMNGOK" 
- Kritik PKR: "ni sah pencacai Be eNd" 
"Jangan kau sentuh Anwar & PR, pantang tau!"  
Bila ditanya ahli PAS seperti ini:
- Awak ahli parti mana? dijawab "Saya kuat PAS. Takbir!" 
- Bila menang awak suka siapa jadi pemimpin negara kita? "Anwar la, diakan hebat!" 
- Awak komit dengan agenda tarbiyah? usrah bagaimana? "Kitakan menuju Putrajaya sekarang ni, banyak lagi yang lebih penting berbanding usrah, tamrin bla bla..." Ada juga yang menjawab "Kami buat usrah (tapi rujuk majalah Solusi, buku Tsun Zu & 7 Habit)" 
_____________________________________ 
Kita hanya dihebatkan dengan Islam.
Ya Allah, bantulah kami.

1 comment:

Anonymous said...

Fikirkan ibubapa dan kampung halaman ketika mengundi?
Seperti yg kita dok perhatikan selama ini, pengundi2 dari luar negeri spt di Kelantan tetap akan mengundi PAS. Mereka di luar negeri hidup senang lenang dgn keadaan jalan yg cantik, bekalan air yg bersih dan peluang pekerjaan yg baik. Mereka tidak pedulikan ibubapa yg menderita di kampung halaman yg terpaksa melalui kehidupan yg perit dan minum air 'teh susu' setiap hari. Mereka seolah2 mahu ibubapa dan orang di kampung halaman terus hidup merempat supaya mereka dari luar shj yg ada kereta besar dan boleh menunjuk2 di kampung sendiri. Itulah sebab mereka di setiap pilihanraya akan balik untuk mengundi PAS dan memujuk ahli keluarga juga utk berbuat demikian.
Inilah perangai orang Melayu yg berhasad dengki sesama Melayu sendiri dan menjaga kepentingan diri sendiri shj.
Perkara yg sama juga akan berlaku di Sg Limau. PAS akan terus berkuasa utk menjaga kepentingan segelintir manusia yg kejam ini!